Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

"Saya takut tidak bersedia bila dijemput oleh Allah" - Rizalman umum bersara sebagai pereka fesyen

"Saya takut tidak bersedia bila dijemput oleh Allah" - Rizalman umum bersara sebagai pereka fesyen
Datuk Rizalman Ibrahim mengumumkan mengundurkan diri dari bidang fesyen. - Foto Astro AWANI/Saharudin Musthafa
KUALA LUMPUR: Bimbang tidak bersedia untuk mengadap Yang Maha Esa menjadi pendorong utama Datuk Rizalman Ibrahim membuat keputusan bersara sebagai pereka fesyen.

Menurut ikon fesyen tanah air itu, ketika masih mempunyai kudrat dan diberi peluang untuk bernafas, beliau mahu melakukan persediaan yang secukupnya sebagai bekalan di hari kemudian.

Dalam masa sama, Rizalman, 49, berkata, berita pemergian rakan-rakan industri seni pada usia yang muda turut menjentik keinsafan pada diri beliau.

“Kematian beberapa teman membuatkan saya terkesan dan terfikir bahawa Allah boleh saja mengambil nyawa kita pada bila-bila masa.
“Saya takut tidak bersedia apabila dijemput oleh Allah. Saya mahu pergi dalam keadaan bersedia.

Pengunduran ini adalah pelan persiapan saya untuk menghadapi hari kemudian,” kata Rizalman dalam sidang media sejurus berakhir pementasan Kesuma Jiwa di Istana Budaya, di sini malam ini.
Sebelum itu, beberapa minit sebelum persembahan Kesuma Jiwa melabuhkan tirai, Rizalman mengejutkan penonton dengan mengumumkan mengundurkan diri dari bidang fesyen.


Selepas tiga dekad mencurahkan khidmat dan bakti, personaliti kelahiran Pulau Pinang itu berkata, sudah sampai masanya untuk beliau menyerahkan jenama dan legasi Rizalman Ibrahim kepada pembantunya yang setia mendampinginya selama 15 tahun, Faizul Surani.

Pengumuman itu disambut dengan teriakan oleh penonton Kesuma Jiwa iaitu persembahan pertunjukan fesyen terakhir beliau.

Berangkat sama pada pementasan Kesuma Jiwa ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Pementasan Kesuma Jiwa turun menampilkan artis ternama tanah air, Dayang Nurfaizah.




Tag: pereka fesyen, Rizalman Ibrahim, Kesuma Jiwa, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Faizul Surani, ikon fesyen, bersedia dijemput Allah, undur diri, Istana Budaya



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.