Tutup

'Saya tebalkan muka...' - Misha Omar dedah Siti Nurhaliza selalu jadi juri jemputan dalam persembahannya

'Saya tebalkan muka...' - Misha Omar dedah Siti Nurhaliza selalu jadi juri jemputan dalam persembahannya
Menerusi entri terbabit, Misha memuat naik fotonya bersama Siti ketika menjadi juri jemputan di Konsert Akhir Big Stage 2019, Ahad lalu. - Instagram Misha Omar
PENYANYI Misha Omar mendedahkan sering meminta pendapat dan kritikan daripada penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza setiap kali melakukan persembahan dalam acara yang sama.
 
Misha berkata, Siti ibarat gurunya dan dia masih belajar untuk menjadi penyanyi yang terbaik.
 
“Probably one of the best night (Konsert Akhir Big Stage 2019) for 2019? Why? Because this lady next to me used to be my "juri jemputan" every show that I got to perform with her. 
 
“Setiap kali ada peluang show sama-sama, walaupun tak nyanyi sama-sama, during rehearsal or soundcheck, I will definitely ask her "kakak, macam mana kita nyanyi tadi?"..
 
“Sampai sekarang Kak Mitch (nama panggilan Misha) masih ingat, bila Bunga-Bunga Cinta menang Anugerah Juara Lagu, Kak Mitch melompat peluk dia, terperanjat, terharu sebab masa tu beliau banyak bagi semangat, padahal dia bertanding juga!” tulisnya.
 
Misha berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
 
Menerusi entri terbabit, Misha memuat naik fotonya bersama Siti ketika menjadi juri jemputan di Konsert Akhir Big Stage 2019, Ahad lalu.

BACA: Big Stage 2019: "Buat apa kalau kita buka peluang kepada negara lain, tetapi..." - Siti Nurhaliza
 
Tambah Misha lagi, bukan Siti sahaja, malah dia juga sering bertanyakan pendapat mengenai persembahannya daripada penyanyi berpengalaman lain seperti Ziana Zain, Liza Hanim, Ella dan Amy Search.
 
Justeru, dia merasakan finalis Big Stage 2019 amat betuah kerana telah mendapat ilmu daripada penyanyi-penyanyi berpengalaman setiap minggu.
 
”Kalau tak kak siti @ctdk , "juri jemputan" yang kita akan serbu otai-otai yang selalu show sama-samalah macam kak @iamzianazain , kak @lizahanim79 kak @ellaaminuddins . abg @aku.amysearch pun Kak Mitch tebalkan muka tanya pendapat tanya ilmu dgn harapan untuk maju dalam industri.
 
“Adik-adik finalis @bigstageofficial sangat bertuah diperhatikan, diberikan ilmu saban minggu untuk improve dan diberikan semangat untuk terus berjuang dalam pertandingan.
 
“Sekarang semuanya terletak di tangan anda bagaimana membawa diri dengan bijaksana dalam arus perdana.. Kita sama-sama doakan mereka ok?" tulisnya lagi.
 
Pada Ahad lalu, Misha dan Siti ditemani penyanyi Indonesia, Cakra Khan menjadi juri untuk pentas akhir program tersebut.
 
Pada konsert akhir itu penyanyi dari Korea Selatan, Han Byul dinobatkan sebagai juara sekaligus telah menewaskan Neeta, Adzrin, Irfan Haris dan Dinda Permata.
 




Tag: Siti Nurhaliza, Big Stage, Bunga-bunga Cinta, Misha Omar, konsert, juri jemputan, Kak Mitch



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.