awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia melonjak 1.4 peratus, cecah paras tertinggi baharu sejak pertengahan Okt 2018
Tiada pertindihan aplikasi dalam pelepasan melalui autogate kod QR - KP Imigresen
Ringgit ditutup pada paras 3.96 berbanding dolar AS untuk kali pertama sejak 2018
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya terima petunjuk dan hidayah yang sangat kuat - Michael Ang

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
30/04/2019
15:50 MYT
Saya terima petunjuk dan hidayah yang sangat kuat - Michael Ang
Michael mengakui ada masanya dia berasa sedikit sedih kerana kebanyakan orang suka menghukum antara satu sama lain. - Instagram Michael Ang
Dunia hiburan hari ini hangat memperkatakan tentang penerbit dan pengarah filem terkenal tanah air, Michael Ang, yang mengumumkan secara rasmi telah memeluk Islam sejak setahun lalu.
Ada yang terkejut, namun ada juga yang sebenarnya sudah boleh mengagak hal ini menerusi beberapa kelakuannya terdahulu.
Malah, Michael sendiri mengakui bahawa sebelum ini beberapa rakan artis sudah pun mengetahui lebih awal tentang perkara ini.
Dia juga menjelaskan telah memutuskan untuk tidak menukar namanya seperti kebanyakan orang yang baru memeluk Islam, sebaliknya lebih menghormati nama asal yang telah diberikan ibu bapanya.
Michael yang ditemui pihak media pada Selasa mengakui telah lama mendalami Islam sejak kecil, walaupun sedikit demi sedikit, atau secara tidak langsung.
Malah, jelasnya, sejak berusia 14 tahun lagi, dia sememangnya mempercayai bahawa hanya ada satu Tuhan, tetapi keyakinannya itu berlalu begitu sahaja.
BACA: Daripada kau bertudung tapi sebenarnya tak nak, itu lagi munafik! - Michael Ang
Sehinggalah dua tahun lalu, katanya, dia mendapat hidayah untuk lebih mengenali Tuhan dalam erti kata sebenar.
"Ketika itu, saya dapat hidayah, tetapi saya belum buat keputusan untuk memeluk Islam lagi.
"Sehinggalah setahun selepas itu, saya telah diberi petunjuk dan hidayah yang sangat-sangat kuat, tetapi saya tak akan beritahu apakah ia, kerana bagi saya, ia sangat peribadi.
"Mungkin apabila tiba waktunya nanti, saya akan beritahu," katanya kepada pemberita selepas hadir di Astro Bukit Jalil untuk program Astro Ramadan.
View this post on Instagram
Hi all! you know what, I am so excited right now! Because I really can’t wait to share my full Raya collection, MICHAEL ANG X STARVILION with everybody. And so I heard that many of you all can’t wait to own them already! Aww guys, that’s so sweet. But please have a little more patient ya, the collections will be available at Starvilion very soon
BACA: Selepas setahun bergelar Muslim, Michael Ang buat pengakuan
Walaupun dilahirkan dalam keluarga yang mengamalkan Buddha, Michael bersyukur kerana keluarganya sangat berfikiran terbuka dalam semua hal, termasuk bab agama.
Dia juga bersyukur ketika dalam pencarian mengenai Islam, ada rakan dan sahabat yang sudi menjadi sumber rujukannya.
"Saya ada seorang kawan baik ini, apa sahaja yang saya hendak tahu pasal Islam saya akan tanya dia. Sebab, dia seorang sahaja yang tahu (saya memeluk Islam).
"Saya tak boleh beritahu anda siapa dia, tetapi dia seorang yang baik, dia sahabat baik saya dan dia seorang yang sangat Islamik, tetapi dia tidak pernah menghukum," katanya.
View this post on Instagram
Kisah semalam shooting #MichaelAngsHalalKitchen tq so much to my friends Yg sudi datang Dapur Kita @pu_azman Jgn lupa tgk ok di bulan Puasa ni! Tq to @starvilion for my wardrobe dapatkan ok raya ni, Tq to @laureahomefurnishing Yg design Dapur Kita ni Tq to @kimballmy untuk bahan masakan and @kitchenaidmalaysia untuk perkakas masakan! Happy weekend guys n luv u all
A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on
Apr 13, 2019 at 10:08pm PDT
Ditanya perasaannya ketika ramai netizen melemparkan kata-kata negatif terhadapnya sedangkan dia telah memeluk Islam, Michael secara bersahaja dan ikhlas menjawab, dia telah pun memaafkan mereka.
"Kepada netizen yang ramai menghantar mesej kepada saya secara peribadi untuk memohon maaf kerana selama ini banyak mengutuk saya, seperti kafir dan sebagainya, saya cuma nak beritahu bahawa saya sudah lama memaafkan anda semua.
"Malah, ketika mereka itu menulis mengutuk saya di Instagram dan sebagainya itu pun, saya sudah maafkan mereka masa itu juga. Saya tak boleh salahkan mereka sebab mereka tak tahu pun saya sudah menjadi Muslim," katanya dengan penuh bermakna.
Bagaimanapun, dia juga mengakui ada masa-masanya berasa sedikit sedih kerana kebanyakan orang suka menghukum antara satu sama lain.
Baginya, ia sesuatu yang tidak wajar.
Sebagai seorang Muslim, tambahnya, dia juga turut memasang impian untuk menunaikan umrah dan ibadat Haji suatu hari nanti.
Topic Berkaitan
#Bukit Jalil
#Haji
#Instagram
#Islam
#Michael Ang
#umrah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan