awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Selangor jadikan pembangunan Islam teras dasar negeri, berpasikan Maqasid Syariah
RPN 2026-2035 asas pembentukan belia berkualiti - Mohammed Taufiq
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebelah badan saya lumpuh - Izam EYE

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
26/06/2019
04:47 MYT
Sebelah badan saya lumpuh - Izam EYE
Izam kini makin stabil dan di masukkan ke wad biasa - Foto Astro Gempak
Penyanyi Izam EYE kini dilaporkan semakin stabil dan telah dipindahkan ke wad biasa daripada wad kecemasan selepas diserang angin ahmar Isnin lalu.
Menurut penyanyi lagu 'Namamu Jadi Sebutan', dia telah dipindahkan ke wad biasa pada pukul enam petang semalam.
“Masih lagi lemah, tapi lebih baiklah sikit. Bagaimanapun sebelah badan saya ini masih tidak dapat gerak lagi. Abang pun dah lama ada darah tinggi jadi berehat je lah,” katanya dalam keadaan lemah namun masih boleh bercakap ketika dihubungi oleh Astro AWANI sebentar tadi.
BACA: "Mula-mulanya mengadu kebas tangan dan lenguh badan" - Izam EYE diserang angin ahmar!
Tambahnya doktor memberitahunya, buat masa sekarang pihak hospital hanya akan memantau perkembangannya selain memberikan ubat.
Namun beliau tidak pasti sampai bila keadaan itu akan berterusan.
Izam yang ditemani oleh anak sulungnya di hospital, bagaimanapun bersyukur kerana keadaannya semakin baik dan ramai sahabat handai selain peminat yag mendoakan kesihatannya.
“Keadaan tekanan darah saya sekarang ini pun masih tidak menentu. Ada masanya boleh cecah 130 ke 170, jadi kira masih tinggilah lagi.
"Tetapi doktor kata kalaulah benar-benar dah OK, atau tekanan darah dah stabil hujung minggu ini mungkin saya boleh keluar. Tetapi buat masa sekarang kita tak boleh hendak jangka dan bergantung pada keadaan,” katanya lagi.
Izam atau nama sebenarnya Mohd Izam Arshad, 51, dikejarkan ke Hospital Serdang akibat serangan angin ahmar selepas pulang dari Kuantan, Pahang pada Isnin.
Topic Berkaitan
#anak
#angin ahmar
#EYE
#Hospital
#Izam
#Kuantan
#Pahang
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan