TANGGAL 24 Oktober 2006, dunia muzik antarabangsa diperkenalkan kepada Taylor Swift. Pada tarikh itu, album sulungnya menggunakan namanya sendiri, menemui peminat.

Album dengan 11 lagu itu sehingga kini telah dijual lebih 7 juta unit.

Bermula dari saat itu, Swift dikenali ramai sehingga menjadi antara bintang muzik paling kaya dan paling berjaya di dunia.

Sebagai meraikan sedekad usia Swift di dalam dunia hiburan, kami kongsikan beberapa fakta yang mungkin tidak diketahui ramai.

1. Taylor Alison Swift dilahirkan pada 13 Disember 1989 dan berasal dari sebuah kawasan ladang pokok Krismas di Reading, Pennsylvania, Amerika Syarikat.

2. Minat pada muzik bermula ketika berusia 9 tahun dan sering menyertai pelbagai persembahan muzikal.

3. Belajar bermain gitar ketika berusia 12 tahun daripada seorang pembaiki komputer, yang kemudiannya memberikannya inspirasi untuk mula menulis lagu.

4. Bintang country, Shania Twain merupakan idola Swift dan membuatkannya yakin mahu serius dalam muzik country.

5. Keluarga Swift kemudiannya berpindah ke Nashville, Tennesse ketika dia berusia 14 tahun, demi membantu Swift memulakan kerjaya muziknya.

6. Di peringkat awal kerjayanya, Swift menggunakan platform MySpace untuk memperkenalkan muziknya kepada peminat.

7. Pernah menulis sebuah novel setebal 350 muka surat, namun tidak pernah diterbitkan.

8. Takut memandu kerana sudah terbabit dalam tiga insiden kemalangan sebelum ini.

9. Berketinggian 1.78 meter, atau 5'10 inci.

10. Adik lelaki Swift, Austin, merupakan jurugambar separuh masa bersama Getty Images.

11. Juga seorang pelukis yang berbakat.

12. Obses dengan sarung (case) iPhone, dan mempunyai banyak koleksi vintaj dan buatan tangan.