Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Sekali lafaz, Aiman Hakim dan Zahirah MacWilson sah bergelar suami isteri

Sekali lafaz, Aiman Hakim dan Zahirah MacWilson sah bergelar suami isteri
Pasangan itu menamatkan zaman bujang mereka dalam satu majlis pernikahan secara tertutup di Petaling Jaya, malam ini. -Foto Gempak
NAMPAKNYA bukan Emma Maembong sahaja yang memilih tarikh 20 Februari 2020 untuk mendirikan rumah tangga.

Pasangan pelakon popular Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza juga memilih tarikh itu.

Menerusi muat naik video di laman Instagram hLive!, pasangan itu menamatkan zaman bujang mereka dalam satu majlis pernikahan secara tertutup di Petaling Jaya, malam ini.

Pasangan sama cantik sama padan ini juga dilihat memakai persalinan sedondon berona putih.

Pada Rabu, Zahirah telah memuat naik beberapa keping gambar majlis berinainya di laman sosial Instagram.

Malah, gambar majlis tersebut turut disertakan dengan tanda pagar gabungan nama mereka, #ZahirAH serta tarikh 20 Februari (#20220).
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A Bollywood Dream | MALAM BERINAI . Lenhenga @rizmanruzaini Mua @makeupbynurulmf Hair @meichoi . #zahirAH #20220

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson) on


Ia sekali gus menjawab teka-teki mengenai tarikh pasangan itu menamatkan zaman bujang mereka.

BACA: Aiman Hakim, Zahirah Macwilson nikah 20 Februari?

Difahamkan, kisah percintaan mereka bermula sekitar Disember 2018 apabila Aiman dan Zahirah mula memuat naik foto mereka berdua di laman sosial masing-masing.

Pasangan itu kemudiannya mengikat cinta mereka menerusi ikatan pertunangan pada Jun tahun lalu di Australia, selepas mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak.

Malah, mereka berdua turut digandingkan bersama dalam slot Megadrama saluran Astro Ria menerusi drama bersiri berjudul Curi-Curi Cinta.


Tag: Zahirah MacWilson, Aiman Hakim Ridza, Emma Maembong, nikah, Petaling Jaya, Instagram, Curi-Curi Cinta, ZahirAH



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.