ENTERTAINMENT
Sekali lafaz, Fasha Sandha sah bergelar isteri Aidil Aziz

Pasangan tersebut selamat disatukan di Masjid Tunku Syed Putra Jamalullail, Kangar, sekitar jam 8.30 Pagi - Gambar Instagram Fasha Sandha
DENGAN sekali lafaz, Fasha Sandha sah bergelar isteri Aidil Aziz.
Pasangan tersebut telah selamat disatukan di Masjid Tunku Syed Putra Jamalullail, Kangar, sekitar jam 8.30 pagi.
Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 34, kelihatan cantik menyarung busana daripada pereka fesyen tempatan, Rizman Ruzaini semasa majlis akad nikahnya.
Majlis resepsi di sebelah keluarga Aidil pula akan diadakan di kampung halamannya di Rembau, Negeri Sembilan pada April ini.
Pasangan tersebut telah selamat mengikat tali pertunangan di 9Kedondong Ampang Hilir, Kuala Lumpur pada November tahun lepas dan mengadakan majlis malam berinai di Love@Matic, Kuala Lumpur pada Rabu lalu.
Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak, Putra Rayfal Ramli, 5, dan Putri Raysha Jemaima, 4.
Astro AWANI ingin mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baharu buat Aidil dan Fasha.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami