awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serbuan terhadap kerja haram catat rekod tertinggi seluruh UK
Indonesia mula operasi pengubahsuaian cuaca kurangkan risiko banjir di Jakarta
Hungary tetapkan 12 April sebagai tarikh pilihan raya Parlimen
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Sekarang semua orang bila jadi artis, mahu jadi popular' - Ramli Sarip

Hakim Rahman, Nailah Huda
Hakim Rahman, Nailah Huda
02/12/2019
07:03 MYT
'Sekarang semua orang bila jadi artis, mahu jadi popular' - Ramli Sarip
Ramli berkata demikian ketika mengulas penyertaannya dalam acara pengumpul dana, Malam Seribu Harapan yang akan berlangsung pada 12 Disember ini. - Gambar fail
Penggiat seni tanah air disaran untuk menyumbang kepada kebaikan masyarakat dan sebaliknya tidak sekadar menjadi ikutan semasa.
Bagi penyanyi legenda, Datuk Ramli Sarip pengaruh yang dimiliki penggiat seni tempatan perlu digunakan untuk kebaikan sejagat.
“Leave something good to the world. Tinggalkan sedikit atau sebanyak mungkin kepada dunia, itu yang saya cuba praktikkan,” kata beliau dalam wawancara menerusi AWANI Pagi pada Isnin.
Menurutnya, kebelakangan ini beliau kerap menyertai acara amal bagi membantu mereka yang memerlukan.
Ramli berkata demikian ketika mengulas penyertaannya dalam acara pengumpul dana, Malam Seribu Harapan yang akan berlangsung pada 12 Disember ini.
Selain peranan kemasyarakatan, beliau turut berpandangan bahawa seseorang artis perlu mengangkat beberapa ciri tertentu sekiranya ingin menjadi artis berkualiti.
“The real artist must be very strong, good, talented dan perlukan faith dan prayers,” kata beliau.
“Sekarang semua orang bila jadi artis, mahu jadi popular. Itu benda biasa.
“Namun, pada masa sama, dia perlu jujur dan yakin dengan kemampuannya. Ia peranan peminat untuk menentukan tempat anda,” tegasnya.
Majlis Malam Seribu Harapan digerakkan oleh D’Tandoor International Group of Companies bagi mengutip dana untuk Persatuan Sindrom Down Malaysia dan Yayasan Kaseh Kanser Kronik.
Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui NGO tersebut atau menghubungi talian 03-78802020.
Topic Berkaitan
#artis
#D'Tandoor
#Malam Seribu Harapan
#MASEH
#muzik
#Persatuan Sindrom Down Malaysia
#Ramli Sarip
#Yayasan Kaseh Kanser Kronik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan