Tutup

Sekolah Menengah Sri KDU bolot Junior Cammies

Sekolah Menengah Sri KDU bolot Junior Cammies
Pemenang untuk (Junior Cammies) Reka Bentuk Produksi Terbaik, (kiri) Alan, Jessie & Andrew dari Sekolah Menengah Sri KDU bersama Joanna Bessey.
KUALA LUMPUR: Anugerah Seni BOH Cameronian telah memperkenalkan  kategori yang baharu iaitu Junior Cammies yang mengiktraf dan menggerakkan pencapaian pelajar-pelajar sekolah menengah dalam seni persembahan tahun ini.

Lima anugerah telah disampaikan iaitu reka bentuk produksi, penulisan skrip asal, persembahan kumpulan terbaik, persembahan watak utama terbaik dan juga pengarahan terbaik.
Sekolah Menengah Sri KDU telah muncul sebagai pemenang besar apabila merangkul 4 daripada 5 anugerah untuk Junior Cammies yang diadakan buat pertama kalinya.

Presiden Kakiseni Low Ngai Yuen berkata Junior Cammies dilancarkan buat pertama kalinya bermatlamatkan untuk memberi sumber inspirasi kepada banyak lagi orang muda untuk menjadi pelapis artis seni persembahan  masa depan.
“Akan tetapi, jurang yang kami dapati, memberitahu dan memberi pengesahan bahawa ada keperluan yang besar dalam seni bagi orang-orang muda untuk mencari pengalaman dan meneroka bakat mereka sendiri, untuk kesedaran diri dan memaksimumkan potensi mereka.

“Kami bekerjasama dengan sekolah-sekolah melalui program seperti Bootcamp Seni dan Seni Fix dan mendapati bahawa begitu banyak usaha yang perlu dilakukan - keperluan seni dan budaya untuk orang-orang muda adalah suatu hak yang harus ada sejak dilahirkan lagi,” Presiden Kakiseni itu berkata.

Nominees for Junior Cammies with Timothy Howe
(Dari kiri) Timothy Howe dan kumpulan dari International School of Kuala Lumpur yang dicalonkan untuk kategori Junior Cammies.

Menurut Caroline Russell, Ketua Pegawai Eksekutif BOH Plantations Sdn Bhd: “Pasukan teknikal yang menyumbangkan begitu banyak di belakang tabir harus diberikan pengiktirafan yang sama seperti rakan-rakan di atas pentas dengan kreativiti dan kecemerlangan mereka menjayakan sesuatu pementasan.

“ Sumbangan mereka dalam bahagian teknikal di dalam industri seni persembahan ini adalah tidak ternilai dan hari ini, kita menyambut kecemerlangan kerja-kerja mereka.

“Kami juga amat berbangga kerana Junior Cammies yang julung kali diadakan menerima sokongan yang menggalakkan. Pada tahun hadapan, kami berharap mendapat lebih penyertaan pementasan daripada sekolah-sekolah untuk anugerah ini.

“Ia merupakan suatu perkara yang menggembirakan kerana Anugerah Seni BOH Cameronian kini berperanan untuk memupuk bakat-bakat baru dan membantu mengembangkan potensi mereka”.

Official venue
Makespace oleh Kakiseni, tempat rasmi untuk Anugerah Seni BOH Cameronian.

Anugerah Seni BOH Cameronian Ke-12  telah meneruskan tradisi untuk meraikan tenaga dan usaha orang-orang di sebalik tabir dalam bidang seni melalui suatu majlis penyampaian Anugerah Teknikal yang diadakan di Makespace oleh Kakiseni di Quill City Mall Kuala Lumpur pada hari Rabu.

Sambutan majlis yang dihadiri seramai 100 orang itu diacarakan oleh pelakon dan pengacara Edwin Sumun dan dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif BOH Plantations Sdn. Bhd., Caroline Russell.

Seramai 38 pencalonon berentap untuk memenangi 12 Anugerah Teknikal dalam 3 kategori utama iaitu Tarian, Teater Muzikal dan Teater.

Anugerah Seni BOH Cameronian ke-12 telah dinilai dan dihakimi oleh panel-panel juri bebas yang terdiri daripada penggiat-penggiat seni tersohor di dalam industri seni persembahan.

PricewaterhouseCoopers (PwC) merupakan badan bebas yang mengendalikan pengiraan undi untuk Anugerah Seni BOH Cameronian kali ini.

Berikut adalah penerima-penerima Anugerah Seni BOH Cameronian yang ke-12.

TARIAN

1. REKA BENTUK PENCAHAYAAN TERBAIK 
Tan Eng Heng untuk “Cut the Clouds” in d'MOTION 2014 ~ d'Next Choreographer Exchange, tarian diatur oleh Raymond Liew Jin Pin, dipersembahkan oleh DPAC Dance Company.

2. REKA BENTUK SET TERBAIK
Paul Loosley untuk A Streetcar Named Desire, tarian diatur oleh Lex Lakshman, dipersembahkan oleh The Actors Studio Seni Teater Rakyat.

3. REKA BENTUK PAKAIAN, PENGAYAAN, & SOLEKAN TERBAIK
Art Baiduren - Low Khay Hooi & Wong Siew Jiuan untuk The Unicorn's Travelogue, tarian diatur oleh Lee Choy Wan, Mak Foong Ming, Tan Bee Hung, Fione Chia, Anges Leong & Japheth Lim, dipersembahkan oleh Kwang Tung Dance Company.

TEATER MUZIKAL

1. REKA BENTUK SET TERBAIK
Loh Kok Man untuk Ombak! Tales from above and beneath the waves, ditulis oleh Jo Kukathas, arahan muzikal oleh Lorna Henderson, arahan oleh Ghafir Akbar & Lorna Henderson, dipersembahkan oleh Rhythm In Bronze.

2.  REKA BENTUK PAKAIAN, PENGAYAAN & SOLEKAN TERBAIK
Dominique Devorsine untuk Seussical The Broadway musical, diarah oleh JoannaBessey, dipersembahkan oleh Enfiniti Academy.

3. REKA BENTUK BUNYI TERBAIK
Ivan D'Cruz untuk Supermokh The Musical, ditulis oleh Harith Iskander Musa, arahan muzikal oleh Michael Veerapan, diarah oleh Harith Iskander Musa & Hans Isaac,dipersembahkan oleh Tall Order Productions Sdn Bhd.

4.  REKA BENTUK PENCAHAYAAN TERBAIK
Ee Chee Wei untuk Supermokh The Musical, ditulis oleh Harith Iskander Musa, arahan muzikal oleh Michael Veerapan, diarah oleh Harith Iskander Musa & Hans Isaac, dipersembahkan oleh Tall Order Productions Sdn Bhd.

TEATER

1. REKA BENTUK PENCAHAYAAN TERBAIK
Andy Lim untuk Raj and The End of Tragedy, ditulis oleh Jo Kukathas, diarah oleh Natalie Hennedige, dipersembahkan oleh The Instant Café Theatre Company and Cake Theatrical.

2. REKA BENTUK SET TERBAIK 
Hamzah Tahir untuk Projek Kahwin, ditulis oleh Muhammad Azri Ali, diarah oleh Muhammad Azri Ali, dipersembahkan oleh MASK Team.

3.  REKA BENTUK PAKAIAN, PENGAYAAN & SOLEKAN TERBAIK
Eugene Ng untuk Fiery Family, ditulis oleh Deric Gan Eng Kee, diarah oleh Deric Gan Eng Kee, dipersembahkan oleh Muka Space, ACX Productions & The Actors Studio Seni Teater Rakyat.

JUNIOR CAMMIES

1. PERSEMBAHAN WATAK UTAMA TERBAIK
Hannah Christina untuk The Fortunettes, ditulis oleh Celeste Lim Pui Li & Zachary Wong Ket Lud, diarah oleh Zachary Wong Ket Lud, dipersembahkan oleh Sri KDU Secondary School.

2. PERSEMBAHAN KUMPULAN TERBAIK
The Wedding Singer, Musical Comedy, diarah oleh Scott McQuaid, Tan Peik Yi, Ann Salina Peter, Gloria Anak Patie, Abdul Muhaimin, dipersembahkan oleh Cempaka Schools.

3. PENGARAHAN TERBAIK
Zachary Wong Ket Lud untuk The Fortunettes, dipersembahkan oleh Sri KDU Secondary School.

4. PENULISAN SKRIP ASAL TERBAIK
Celeste Lim Pui Li, Zachary Wong Ket Lud untuk The Fortunettes, ditulis oleh Celeste Lim Pui Li &    Zachary Wong Ket Lud, diarah oleh Zachary Wong Ket Lud, dipersembahkan oleh Sri KDU         Secondary  School

5. REKA BENTUK PRODUKSI TERBAIK (SET, PENCAHAYAAN, BUNYI/MUZIK & PAKAIAN)
Alan Chong, Jessie Wong & Andrew Tan untuk The Fortunettes, ditulis oleh Celeste Lim Pui Li & Zachary Wong Ket Lud, diarah oleh Zachary Wong Ket Lud, dipersembahkan oleh Sri KDU Secondary School.