SIRI drama popular dari Korea Selatan, Winter Sonata, dilaporkan bakal kembali ke televisyen untuk siri sekuel.

Menurut laporan The Korea Times, Kim Yong-soo bakal dipertanggungjawabkan sebagai pengarah, manakala Yoon Eun-kying and Kim Eun-hee akan kembali bekerjasama sebagai penulis skrip.

Bagaimanapun belum ada sebarang maklumat mengenai barisan pelakon, sama ada mengekalkan pelakon asal atau akan mengetengahkan pelakon baharu.

Pengarah asal Winter Sonata, Yoon Suk-ho, sebelum ini dilaporkan enggan mengarahkan projek sekuel itu, selepas salah seorang pelakon utama drama tersebut, Park Yong-ha membunuh diri pada 2010.

Winter Sonata yang diterbitkan pada 2002, disifatkan ramai sebagai faktor utama bermulanya hallyu atau Korean Wave, di seluruh dunia. Lokasi penggambarannya di Pulau Nami, dianggap sebagai antara lokasi pelancongan wajib di Korea Selatan, dan diangkat sebagai antara tarikan utama pelancongan di negara itu.