Bintang terkenal Bollywood, Shahrukh Khan (SRK) hari ini menyambut ulang tahun kelahiran ke-51.

Dilahirkan di New Dehli, SRK memulakan kerjayanya sebagai pelakon di Bollywood pada tahun 1992.

Shah Rukh Khan merupakan salah seorang pelakon yang suka meraikan hari istimewa dengan para peminatnya.

Sempena ulang tahun kelahiran ke-51, mari kita lihat beberapa fakta berkenaan raja Bollywood ini.

1. Serah anugerah kepada Salman Khan

Pada 1998, beliau memenangi anugerah Zee Cine Award untuk kategori pelakon terbaik, tetapi telah memanggil pelakon, Salman Khan ke pentas dan menyerahkan anugerah tersebut kepadanya, lapor India Today.

2. Menerima ijazah doktor kehormat

SRK menerima anugerah doktor kehormat daripada University of Edinburgh pada tahun 2015.

Bintang lagenda berusia 51 tahun itu menerima ijazah doktor kehormat sebagai penghormatan di atas sumbangan besar beliau dalam dunia perfileman serta kerja-kerja amalnya kepada masyarakat

3. Lebih kaya daripada pelakon Hollywood

Menurut portal The Times of India, SRK telah dinamakan antara lima pelakon terkaya di dunia untuk beberapa kali oleh Wealth-X's Hollywood and Bollywood Rich List - ini bermaksud beliau lebih kaya daripada pelakon Hollywood terkenal seperti Tom Cruise, Tom Hanks, Clint Eastwood dan Adam Sandler.

4. Projek seterusnya

Pelakon itu akan membintangi filem Dear Zindagi bersama pelakon, Alia Bhatt, yang akan ditayangkan di pawangan mulai 25 November.

Projek filem seterusnya Shahrukh Khan ialah Raaes, sebuah filem arahan Rahul Dholakia - yang bakal menemui penonton di pawagam pada 26 Januari tahun hadapan.

5. Hashtag ##HBDWorldsBiggestStar dan #HappybirthdaySRK trending di media sosial

Peminat rata-rata tidak melepaskan peluang untuk merakam ucapan selamat hari jadi kepada bintang kegemaran mereka.






Menurut portal Times of India, tahun ini, pelakon berusia 51 itu memutuskan untuk meraikan hari lahirnya di kawasan pendalaman Mumbai - telah melepaskan adat tahunannya untuk berinteraksi dengan pihak media dan para peminatnya di kediamannya, Mannat.

Namun begitu, peminat difahamkan masih menunggu kemunculan SRK di hadapan kediamannya.