PEMINAT Harry Potter di seluruh dunia menyambut ulang tahun ke-20 penerbitan buku yang pertama, Harry Potter and The Philosopher's Stone.

Pengarangnya, J.K Rowling mengambil Twitter pada hari Isnin untuk merayakan peristiwa penting itu.

“20 tahun yang lalu hari ini, dunia yang saya tinggal bersendirian tiba-tiba terbuka kepada orang lain. Ia sangat indah. Terima kasih,” tweet J.K Rowling.


Buku berkenaan diterbitkan pada 26 Jun 1997.

Seperti biasa, netizen turut tidak melepaskan peluang untuk meraikan ulang tahun itu di media sosial.

Rata-rata peminat mengenang zaman kanak-kanak mereka dan mengucapkan terima kasih kepada J.K Rowling atas rekaan yang sangat indah.





Ada juga yang menceritakan bagaimana Harry Potter telah mengubah hidup mereka.


Sementara itu, Twitter turut bekerjasama dengan Bloomsbury dan rangkaian digital 'Pottermore' untuk melancarkan emoji Harry Potter khas - memaparkan ikonik parut berbentuk pentir dan kaca mata ahli sihir lelaki itu.

Emoji itu akan dijana secara automatik menerusi hashtag #HarryPotter20.


Selain Twitter, Facebook juga melancarkan tulisan yang khas.

Dengan menulis perkatan "Harry Potter," "Gryffindor," "Ravenclaw," "Hufflepuff," atau "Slytherin," pada ruang status/komen - ia diterangi dengan warna masing-masing.

fb
Kredit gambar: Facebook Mark Zuckerberg