HIBURAN
Selebriti Hollywood antara yang terkesan dalam gempa Lombok

Chrissy Teigen dan John Legend antara mereka yang terkesan di Bali ketika gempa bumi di Lombok berlaku pada Ahad. - Instagram/@johnlegend
GEMPA kuat di Lombok, Indonesia yang melanda pada Ahad turut memberi kesan kepada beberapa selebriti Hollywood yang berada di Bali untuk bercuti.
Ia termasuk keluarga penyanyi terkenal John Legend, yang mana isterinya Chrissy Teigen berkongsi detik ketika gempa di Twitter rasminya.
Teigen yang juga seorang model sedang berehat di tepi pantai bersama bayinya yang baru berusia dua bulan ketika kejadian gempa berlaku.
Teigen ke Bali untuk bercuti sejak seminggu yang lalu bersama Legend dan dua anak mereka, Luna dan Miles.
Selain itu, penyanyi utama kumpulan Take That, Gary Barlow yang berada di Bali sejak 25 Julai lalu, turut merasai pengalaman gempa bumi di sana.
Barlow mengakui dia dan keluarga berada dalam keadaan selamat dan mengucapkan terima kasih atas ucapan dan doa peminatnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami