TAHUKAH anda watak-watak komik terkenal Mat Despatch yang sudah hampir 20 tahun menghiburkan peminat-peminatnya diinspirasi daripada watak sebenar?

Selama hampir 20 tahun juga, perkara ini tidak diketahui oleh pembaca setianya, sehinggalah salah seorang watak daripada komik itu mengucapkan takziah di atas pemergian pelukis asal Lengkuas yang menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat.

Caron iaitu watak setiausaha dalam komik berkenaan telah mengesahkan perkara itu ketika memuat naik ucapan tersebut di laman Facebook Allahyarham Lengkuas dan ia mendapat reaksi pelbagai daripada peminat Mat Despatch.

BACA: Pelukis komik Mat Despatch, Lengkuas meninggal dunia

Caron How Choy Sim memecah rahsia itu dengan berkata bahawa wataknya dalam komik berkenaan tidak akan sama lagi tanpa Allahyarham.

Lantas Caron dihujani pelbagai persoalan daripada peminat Lengkuas yang turut bertanyakan mengenai kesahihan watak bos dalam komik itu iaitu Zainol.

“Ya, Zainol wujud, tetapi ejaan sahaja berlainan,” kata Caron ketika menjawab salah satu komen peminat Lengkuas.

Caron How Choy Sim memecah rahsia itu dengan berkata bahawa wataknya dalam komik berkenaan tidak akan sama lagi tanpa Allahyarham.


Caron dihujani pelbagai persoalan daripada peminat Lengkuas yang turut bertanyakan mengenai kesahihan watak bos dalam komik itu iaitu Zainol.


Caron iaitu watak setiausaha dalam komik berkenaan telah mengesahkan perkara itu ketika memuat naik ucapan takziah di laman Facebook Allahyarham.

Kisah Mat Despatch berkisar ragam di pejabat di mana watak utamanya Mat, seorang penghantar surat, sering mengusik rakan-rakan termasuklah bosnya.

Paling mencuit hati adalah apabila watak Mat itu dijadikan sebagai seorang yang sangat selamba dan sering meminta RM2 daripada bosnya.

Lengkuas atau nama sebenarnya Zainuddin Saleh merupakan salah seorang pelukis utama bagi majalah Ujang yang sangat terkenal sekitar tahun 90an.

Beliau meninggal dunia pada usia 53 tahun akibat komplikasi darah tinggi dan buah pinggang.