SELEPAS hampir 20 tahun tidak mengadakan persembahan di Johor Bahru, kumpulan Slam kembali mengadakan konsert di sana.
Bakal mengadakan 'Konsert Dua Dekad Slam Kembali Terjalin' pada 3 September depan di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Slam berjanji untuk memberikan persembahan terbaik.
"Sudah lama kami tidak mengadakan persembahan di Johor Bahru. Untuk konsert tersebut, kami mahu merapatkan hubungan Slam bersama peminat dari selatan tanah air.
"Persiapan telah dilakukan sebaik mungkin dan kami mengharap sokongan orang Johor Bahru. Selain persembahan, terdapat juga cabutan bertuah untuk pengunjung konsert. Kami sudah tidak sabar untuk menggegarkan Johor Bahru," kata Ajak mewakili kumpulan Slam.
Bakal membawakan 24 buah lagu, Slam menjanjikan kelainan untuk konsert ini.
"Kali terakhir kami mengadakan konsert adalah bulan Mei lalu di Kuala Lumpur. Berbeza dengan konsert yang lepas, konsert di Johor Bahru ini akan menampilkan sesuatu yang berbeza.
"Kami akan menyampaikan lagu yang tidak disampaikan pada konsert sebelum ini iaitu lagu Rindiani dan Bukan Niatku Membalas Derita," kata Zamani selaku vokalis kumpulan Slam.
Dapatkan tiket konsert anjuran DMS dengan kerjasama Hail Ladies yang dijual dengan harga RM73 sehingga RM353 dengan melayari laman web www.ilassotickets.com.
Untuk maklumat lanjut mengenai konsert ini dan informasi mengenai kumpulan Slam, layari laman Facebook www.facebook.com/slamkembaliterjalin.
Gempak
Mon Aug 29 2016
Bakal membawakan 24 buah lagu, Slam menjanjikan kelainan untuk konsert ini. - Gambar Astro GEMPAK
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Selepas 20 tahun, Slam janji gegarkan JB
Selepas hampir 20 tahun tidak mengadakan persembahan di Johor Bahru, kumpulan Slam kembali mengadakan konsert di sana.