Kali terakhir kumpulan Slam mengadakan konsert di Kuala Lumpur adalah pada 20 tahun lalu, dan kini mereka bakal 'Kembali Terjalin' dalam konsert Kurnia Slam, 14 Mei depan.
Vokalis kumpulan Slam, Zamani berkata konsert Kurnia merupakan hadiah buat para peminat yang merindui kehadiran mereka di pentas nyanyian.
“Konsert ini hadiah buat peminat Slam yang telah menyokong kami selama ini. Konsert ini juga istimewa buat Slam kerana ia seperti reunion Slam dan peminat kami,” katanya.
Selain itu, menurut Zamani, konsert tersebut juga sebagai pemberitahuan kepada para peminat bahawa kumpulan mereka tidak pernah berkubur.
“Sebelum ini ramai yang ingat Slam dah tak ada. Sebenarnya kami masih bergerak aktif cuma jarang bersama kerana masing-masing mempunyai kerjaya sendiri.
“Sebelum ini pun ada pihak yang ingin menganjurkan konsert kami, tetapi mereka was-was kerana menyangkakan kumpulan ini mempunyai masalah dalaman. Malah, ada juga yang ingat kami sudahpun berkubur. Mujurlah masih ada pihak yang percaya dengan kami.
“Kali terakhir kami membuat konsert berskala besar di Kuala Lumpur ialah Konsert Grand Slam pada 1996 di Stadium Negara dan pada 2012 Konsert Kembali Merindu di Suntec, Singapura,” katanya.
Mengulas mengenai konsert yang dinamakan Kurnia, Zamani memberitahu ia nama tersebut bersempena dengan tajuk lagu dendangan kumpulan ini.
“Kami juga menyifatkannya sebagai kurniaan untuk peminat yang setia menyokong kami," kata Zamani ketika ditemui pada sidang media pengumuman konsert terbabit di Damansara Perdana, pada petang Khamis.
Hadir sama empat anggota Slam yang lain iaitu Shah, Ajak, Lily dan Man serta pengarah Konsert, Shamil Yusof.
Konsert tersebut dibawakan khas oleh Urban Creative Synergy yang bakal berlangsung selama dua jam setengah bertempat di StarXpo Centre, Kenanga Whole City (KWC).
Konsert Kurnia juga bakal menyaksikan lebih 20 buah lagu popular kumpulan Slam dipersembahkan menerusi tiga segmen.
Tiket akan mula dijual pada hari 30 Mac dan dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu RM88 (Biasa), RM158 (Silver), RM198 (Gold) dan RM399 (VVIP).
Pembeli tiket VVIP berpeluang beramah-mesra dengan Slam selepas konsert berakhir. Tiket boleh dibeli dengan melayari laman web www.ticketpro.com.my ataupun dengan menghubungi talian 03-78807999.
Gempak
Fri Mar 25 2016
Zamani berkata konsert Kurnia Slam merupakan hadiah buat para peminat yang merindui kehadiran mereka di pentas nyanyian. - Foto Facebook Johan Aziz
10 Berita Pilihan - (25 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Zamani Slam berhasrat tamatkan zaman bujang
Setelah lama membujang, Zamani Slam, 44 tahun menyuarakan rasa hatinya untuk menamatkan zaman bujang.
Selepas 20 tahun, Slam 'Kembali Terjalin' dengan konsert baru
Selepas kali terakhir Slam mengadakan konsert 20 tahun lalu, mereka bakal 'Kembali Terjalin' dalam konsert Kurnia Slam, 14 Mei depan.