awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas 72 jam, gelaran Dewi Remaja Haneesya Hanee ditarik balik

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
17/01/2019
08:05 MYT
Selepas 72 jam, gelaran Dewi Remaja Haneesya Hanee ditarik balik
Penyerahan semula mahkota Dewi Remaja. - Instagram Majalah Remaja
BUAT pertama kali dalam sejarah penganjurannya, gelaran Dewi Remaja 2018/2019 yang dimahkotakan kepada Haneesya Hanee, ditarik balik.
Ia adalah susulan tersebarnya sebuah video yang memaparkan beberapa peserta di sebuah kelab malam dan memegang gelas minuman keras.
Penarikan balik gelaran itu dibuat dalam satu sidang media oleh pemilik jenama Dewi Remaja, Nu Ideaktiv bersama majalah Remaja, yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook, pada Khamis.
Turut dijalankan adalah penyerahan semula mahkota, trofi dan replika cek yang menjadi hadiah kemenangan.
"Demi menjaga kredibiliti Dewi Remaja, kami memutuskan untuk tidak menobatkan mana-mana peserta sebagai pemenang, dan pemenang tempat kedua dan ketiga kekal dengan gelaran masing-masing.
"Kami memuji keberanian Haneesya tampil secara profesional untuk memperbetulkan keadaan. Kami akan sentiasa menyokong apa sahaja yang dilakukan selepas," kata Editor majalah Remaja, Faiz Aimman.
Sementara itu, Haneesya memohon maaf dan menerima penarikan balik gelaran itu dengan hati terbuka.
"Memang saya yang bersalah. Tindakan mereka menarik balik gelaran itu sesuatu yang wajar dan saya terima dengan hati yang terbuka," kata Haneesya.
View this post on Instagram
Penyerahan semula Gelaran Dewi Remaja 18/19 . . KLIK link di bio @majalahremaja untuk UPDATE terkini. Dan tonton video penuh di Facebook REMAJA. #dewiremaja #dewiremaja1819 #dewi1819 #majalahremaja #remaja
A post shared by Majalah Remaja, MY (@majalahremaja) on
Jan 16, 2019 at 11:35pm PST
Topic Berkaitan
#Dewi Remaja
#Haneesya Hanee
#kontroversi
#mahkota
#Nu Ideaktiv
#remaja
#tarik balik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan