SELEPAS kejayaan menganjurkan konsert Jelajah Dunia BLACKPINK 2019 – In Your Area, penganjur konsert MacpiePro berhasrat membawa pula kumpulan sensasi Korea Selatan, BTS ke Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif MacpiePro, Ang Chee Ciang berkata pihaknya masih dalam proses perancangan sebelum sebarang rundingan untuk menjemput kumpulan K-pop ternama dunia itu dilakukan.
“MacpiePro memang berharap dapat membawa BTS menemui peminat di Malaysia tetapi tiada yang pasti buat masa ini.
“Kita perlu merancang terlebih dahulu sebelum membuat sebarang rundingan untuk menjemput kumpulan itu.
BACA: #BLACKPINKinMY Day 1: 8,000 Blinks terkena Ddu-Du Ddu Du
“MacpiePro sedang berbincang dengan syarikat pengurusan artis Korea terkenal yang lain dan kita berharap dapat menganjurkan konsert mereka di Malaysia untuk memberikan peminat K-Pop konsert yang bagus,” katanya ketika ditemui Astro AWANI sebelum berlangsungnya konsert BLACKPINK di Stadium Malawati.
Ang juga mendedahkan bahawa pihaknya akan menganjurkan Konsert Jalajah Asia GFRIEND dan juga Festival Muzik K-Wave 4 pada tahun ini.
“Kita merancang untuk menganjurkan 20 konsert pada 2019, bukan sahaja konsert K-pop tetapi kita juga memberikan tumpuan kepada M-pop, artis antarabangsa dan tidak dilupakan juga artis-artis tempatan kita.
“Saya tidak dapat mendedahkan banyak maklumat lagi tetapi kita akan menganjurkan konsert GFRIEND pada Jun dan kita dalam perancangan untuk menganjurkan Festival Muzik K-Wave pada September ini,” tambahnya.
Konsert BLACKPINK yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad berjaya menawan hati 16,000 Blinks (nama fandom BLACKPINK) dengan persembahan hampir 20 lagu termasuk ‘Ddu-du Ddu-du’, ‘Kiss and Make Up’, ‘Boombayah’ dan ‘Whistle’.
Isabelle Leong
Sun Feb 24 2019
MacpiePro masih dalam proses perancangan sebelum sebarang rundingan untuk menjemput kumpulan K-pop ternama dunia, BTS ke Malaysia. - AP
Lelaki didakwa ambil dadah, curi kenderaan, langggar mati warga emas
Lee Han Chai, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik kesemua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.
Pengarah syarikat umrah Emraz didakwa di mahkamah gagal bayar tuntutan
Syarikat pengendali umrah dan pengarahnya didakwa atas 16 pertuduhan gagal mematuhi perintah award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia membayar balik tuntutan wang kepada lapan mangsa.
Dewan Rakyat kecoh: 'Saya berpuasa.. sabarlah' - Azalina
Dewan Rakyat kecoh apabila penggulangan Datuk Seri Azalina Othman Said mengenai RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 dicelah Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Empat lelaki belasah pelajar ditahan
Seramai empat lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pergaduhan melibatkan pelajar di hadapan sebuah sekolah, pada Khamis lalu.
Perancis arah PBB segerakan gencatan senjata di Gaza
Duta Besar Perancis ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menempelak Majlis Keselamatan PBB yang masih belum capai keputusan menamatkan konflik di Gaza.
Stoking kalimah Allah: Agong murka, titah tindakan keras terhadap pelaku
Baginda bertitah mahu tindakan paling keras diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah.
Dua pengarah syarikat didakwa gagal patuhi perintah tribunal
Sebuah syarikat pengendali umrah didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas 16 pertuduhan gagal mematuhi perintah award tribunal tuntutan pengguna Malaysia.
Agong kurnia darjah kebesaran kepada 33 individu
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan kepada 33 individu sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2024 di Istana Negara.
[TERKINI] Sultan Ibrahim murka isu penjualan stoking tertera kalimah Allah
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim murka serta menzahirkan perasaan dukacita berhubung isu penjualan sarung kaki atau stoking yang tertera kalimah Allah di sebuah rangkaian kedai serbaneka.
Ringgit berada pada kedudukan pertama selepas langkah koordinasi kerajaan, BNM dilaksana - Amir Hamzah
Ringgit berada pada kedudukan pertama berbanding sembilan negara serantau selepas langkah-langkah koordinasi antara kerajaan, BNM, GLIC serta GLC.
Cinta V BTS, Jennie BLACKPINK terlerai
Laporan yang dikeluarkan oleh JTBC itu bagaimanapun tidak mendedahkan mengenai punca percintaan mereka kandas.
BLACKPINK jadi tetamu kehormat Istana Buckingham
Anggota BLACKPINK hadir ke majlis berkenaan dengan gaya tersendiri.
Ada sebab selebriti bergelut dengan masalah kesihatan mental - Rose BLACKPINK
Rose muncul dalam program kesedaran kesihatan mental yang dihoskan oleh wanita pertama Amerika Syarikat, Jill Biden, pada Jumaat.
"Kami masih berbincang" - Agensi nafi Lisa Blackpink tolak tawaran kontrak baharu
Dalam satu kenyataan, agensi itu memaklumkan perbincangan antara kedua pihak masih berjalan.
BTS punyai jumlah peminat terbesar, diikuti Blackpink - Kajian
Akaun budaya pop @viraltakes di X baru-baru ini berkongsi 10 kumpulan K-Pop dengan jumlah pengikut terbesar di pelbagai platform.
Raih 90 juta 'subscriber' YouTube, BLACKPINK cipta sejarah lagi
BLACKPINK terus mencipta sejarah dalam kerjaya seni mereka apabila menjadi artis pertama meraih jumlah 'subscriber' tertinggi di saluran YouTube.
Lagu 'Flower' Jisoo BLACKPINK paling laris di China
Anggota kumpulan BLACKPINK, Jisoo terus meraih perhatian ramai apabila lagu solonya berjudul Flower mencipta kejayaan demi kejayaan.
Henti persepsi negatif tentang Malaysia - Penganjur konsert Coldplay
Kenyataan dalam beberapa laporan memaklumkan artis papan atas antarabangsa tidak berminat masuk ke negara ini adalah tidak tepat.
BLACKPINK kini kumpulan muzik dengan kutipan konsert tertinggi dalam sejarah
Jelajah Dunia Born Pink BLACKPINK bermula di Seoul pada Oktober 2022 dan telah singgah ke Amerika Utara, Eropah dan Asia.
Nik Abduh tegur peminat Coldplay, Blackpink
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menegur peminat kumpulan rock dari British, Coldplay dan juga kumpulan K-Pop, Blackpink.