PENYANYI, Liza Hanim berkata dia dan kandungannya kini berada dalam keadaan yang sihat dan kuat.

Sebelum ini pelantun lagu Siapa Sangka Siapa Menduga dilaporkan mengalami pendarahan yang ketika kandungannya mencecah usia tiga bulan.

"Alhamdulillah saya kini hamil anak kelima. Sesungguhnya ini adalah anugerah dan rezeki yang sungguh indah dan amat bermakna dari ALLAH S.W.T.

"Walaupun kuat dugaan sepanjang kehamilan ini, pendarahan sebelum konsert Dua Diva di Singapura, kena masuk wad kerana excessive vomiting sampai dehydrated.

"Alhamdulillah baby kuat dan meneman mama dia menyanyi dan memenuhi undangan.... alhamdulillah. We are half way there ... baby doakan saya dan baby sihat sehingga melahirkan nanti... time being ... kerja tetap kerja," luahnya.

Menerusi perkongsian di Instagramnya itu, rata-rata peminatnya turut mendoakan agar bayi dan dirinya selalu berada dalam lindungan ALLAH dan menjaga kesihatan serta mengharapkan yang baik-baik buat penyanyi berusia 38 tahun itu.