SETAHUN lebih hidup sebagai seorang ibu tunggal mungkin merupakan masa yang sesuai untuk aktres Fasha Sandha kembali berumah tangga.

Fasha menerusi entri terbaharu di akaun Instagram (IG)nya berharap agar diberikan jodoh kedua dengan lelaki yang sama baik seperti di dalam video yang dimuat naik.

Video yang dikongsikan menunjukkan seorang pengantin lelaki menangis apabila pertama kali menyentuh jari isterinya ketika sesi menyarungkan cincin.

Pengantin lelaki yang berjubah hijau serta berkopiah itu turut kelihatan malu ketika mahu menyarungkan cincin ke jari wanita yang baru sahaja disahkan menjadi isterinya.

Berikut merupakan video dan kapsyen yang ditulis Fasha:

Sweetnya... Semoga Allah berikan Jodoh ke 2 ku dengan lelaki sebaik ini. Amin