Senarai pencalonan Anugerah MeleTOP Era 2015

Senarai pencalonan Anugerah MeleTOP Era 2015
Bertemakan 'Yang Hit, Yang Legend', AME akan berlangsung dengan penuh meriah pada 22 Februari ini dari Stadium Putra Bukit Jalil, jam 9.00 malam
KUALA LUMPUR: Anugerah MeleTOP Era 2015 mempertandingkan 18 kategori  termasuklah empat kategori baharu iaitu ‘Drama TV MeleTOP’, ‘Hos TV MeleTOP’, ‘Artis Lawak MeleTOP’ dan ‘Pelakon TV MeleTOP’.

Manakala dua kategori iaitu ‘Top Top MeleTOP (lelaki) dan Top Top MeleTOP (wanita) dipilih berdasarkan selebriti lelaki dan wanita yang menerima jumlah undian tertinggi di kalangan calon lima terbaik.

AME 2015 akan menampilkan lima pengacara iaitu Zizan Razak, Neelofa, AC Mizal, Nabil Ahmad serta Johan.
Manakala, pelawak Johan Muse, Dahlia Shazwan serta penyampai ERA Fm iaitu Haniff dan Ray pula akan menjayakan Hos Karpet Merah MeleTOP.

Pemenang bagi kesemua 16 kategori tersebut bakal membawa pulang hadiah berjumlah RM5,000 beserta sebuah trofi sumbangan Astro.

Anugerah ini juga memberi kuasa sepenuhnya kepada para peminat untuk mengundi melalui laman web khas yang diperkenalkan.

Bertemakan “Yang Hit, Yang Legend”, AME akan berlangsung pada 22 Februari ini dari Stadium Putra Bukit Jalil, jam 9 malam.

Siaran ini boleh ditonton secara eksklusif di Astro Ria (104) dan siaran serentak di Maya HD (135), Astro Hitz (705) serta menerusi aplikasi Astro On-The-Go.

Senarai penuh pencalonan AME 2015:

ARTIS BAHARU MELETOP
  • Ayda Jebat
  • Firman AF2014
  • Aman AF2014
  • Amyra Rosli
  • Atikah Suhaime

ARTIS LAWAK MALETOP
  • Zizan Razak
  • Johan
  • Jep Sepahtu
  • Jihan Muse
  • Abam Bocey

BINTANG FILEM MELETOP
  • Zizan Razak
  • Nora Danish
  • Bront Palarae
  • Shaheizy Sam
  • Nelydia Senrose

COUPLE MELETOP
  • Irma Hasmie & Redza Syah
  • Rozita Che Wan & Zain Saidin
  • Scha Alyahya & Awal Ashaari
  • Aril AF & Puteri Erma Adlinda
  • Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana

DRAMA TV MELETOP
  • Kerana Terpaksa Aku Relakan
  • Suamiku Encik Sotong
  • Hantu Selfie
  • Aku Ada Wali
  • Bukan Kerana Aku Tak Cinta

FILEM MELETOP
  • Abang Long Fadil
  • Ustaz Mu Tunggu Aku Datang
  • Penanggal
  • Sejoli
  • Mat Tudung

GRUP/DUO MELETOP
  • Forteen
  • Sleeq ft Joe Flizzow
  • Zizan Razak & Kaka
  • Akim & The Magistrate
  • Mawi & Dato' AC Mizal

HOS TV MELETOP
  • Zizan Razak
  • Nabil Ahmad
  • Neelofa
  • Dato' Aznil Hj Nawawi
  • Dato' AC Mizal

LAGU MELETOP ERA
  • Infiniti Cinta - Zizan & Kaka
  • Matahari - Hafiz Suip
  • Jaga Dia Untukku - Dato' Siti Nurhaliza
  • Malaikat - Hazama
  • Mewangi - Akim & The Magistrate

PELAKON TV MELETOP TV MELETOP
  • Zul Ariffin
  • Nelydia Senrose
  • Sharnaaz Ahmad
  • Amar Baharin
  • Zizan Razak

PENYAMPAI RADIO MELETOP
  • Johan - ERA fm
  • Hanif - ERA fm
  • Ray - ERA fm
  • Feeya Iskandar - SINAR fm
  • Raja Azura - SINAR fm

PENYANYI MELETOP
  • Hazama
  • Hafiz
  • Akim
  • Dato' Siti Nurhaliza
  • Shila Amzah

PROGRAM RADIO MELETOP
  • JoHaRa Pagi Era - ERA fm
  • Petang Era - ERA fm
  • Pilih Hit Era - ERA fm
  • Morning Crew - Hitz fm
  • SINAR Pagi - SINAR fm

PROGRAM TV MELETOP
  • Anugerah Juara Lagu ke -28
  • Konsert Akhir AF2014
  • Anugerah MeleTOP Era (L) 2014
  • Maharaja Lawak Mega 2013
  • Ceria Popstar 2

BINTANG ONLINE MELETOP
  • Zizan Razak
  • Aaron Aziz
  • Dato' Siti Nurhaliza
  • Hanis Zalikha
  • Emma Maembong