Tahun baru 2019 semestinya mengundang keterujaan tersendiri bagi peminat muzik di Malaysia.
Rata-rata ahli muzik termasuk penyanyi telah mula menggerakkan promosi konsert mereka sejak awal Disember lalu.
Berikut ialah konsert yang dijadual berlangsung sepanjang tahun 2019.
Konsert Sabyan Gambus Live in Malaysia 2019
Kemunculan kumpulan nasyid Sabyan Gambus dari Indonesia menerusi platform YouTube berjaya menarik peminat baru di Malaysia sehingga lagu Deen As Salam berjaya mencatat tontonan melebihi 160 juta.
Menerusi momentum peminat sedia ada, MHH Laguna Sdn Bhd mengambil langkah berani dengan menganjurkan 'Konsert Sabyan Gambus Live in Malaysia 2019'.
Konsert sulung yang bakal diadakan pada 12 Januari 2019 di Stadium Malawati Shah Alam juga bakal menampilkan artis jemputan seperti UNIC, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi.
Konsert Dewa 19 - Reunion Live in Malaysia
Ini pula konsert yang sememangnya jadi perhatian buat peminat kumpulan Dewa 19!
Konsert kali ini menampilkan kesemua ahli kumpulan asal Dewa 19 termasuklah Ahmad Dhani, Ari Lasso dan Once di satu pentas.
Konsert yang dibawakan oleh Nizra Production itu bakal berlangsung pada 2 Februari depan di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.
Selain Ahmad Dhani Dewa 19 turut membawa tiga lagi ahli kumpulan asal Dewa 19 iaitu, Andra (gitar), Yuke (bass), Agung (dram) dan Tyo Nugros (dram).
Konsert Jelajah Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour
Bakal memasuki dekad baru kehidupan, 11 Januari ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza terus relevan mengikut keperluan pasaran semasa.
Terbaharu, Siti akan ke empat destinasi cinta pilihannya bagi mengubat rindu peminat melalui konsert Jelajah Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour bermula Februari 2019.
Bersama Shiraz Project, beliau akan mengadakan persembahan di empat lokasi iaitu Istora Senayan, Jakarta (21 Februari), Singapura Expo (2 Mac) dan Axiata Arena, Kuala Lumpur (16 Mac).
Ini merupakan konsert terbaru Siti selepas lebih 50 konsert diadakan sejak 23 tahun menjadi anak seni.
Konsert ‘BLACKPINK 2019 World Tour (In Your Area)’ di Malaysia
Sedia untuk Hit you with that ddu-du ddu-du du?
Kumpulan K-Pop sensasi BlackPink bakal membuat kemunculan julung kalinya di Malaysia bagi konsert ‘Black Pink 2019 World Tour ( In Your Area )’.
Seperti biasa sambutan yang diberikan oleh peminat Malaysia kepada kumpulan tersebut sangat menggalakkan sehingga tiket sudah habis dijual.
Disebabkan penjualan tiket yang dilancarkan pada 12 Disember telah habis dijual dalam masa dua hari, pihak penganjur MacpiePro membuat keputusan untuk melanjutkan sehari lagi konsert BlackPink bertarikh 24 Februari depan.
Konsert Soul Sisters 2019
Bakal diadakan di Istana Budaya pada 5 dan 6 April 2019, Konsert Soul Sisters menampilkan tiga penyanyi dengan masing-masing memiliki kualiti vokal tersendiri.
Membawa konsep segar dan bertenaga, konsert ini amat mengujakan terutamanya bagi Noryn Aziz yang baru diangkat sebagai Juara Gegar Vaganza ke 5.
Selain itu, Misha Omar dan Siti Sarah juga bakal membawakan lagu hits mereka dengan pengalaman konsert berlainan daripada sebelumnya dijanjikan kepada peminat.
Selain itu, beberapa artis lain juga dijadual turut sama bakal memeriahkan pentas konsert di Malaysia pada 2019.
Konsert Ella Unplugged in KL juga bakal berlangsung cuma tarikhnya bakal diumumkan 28 Disember ini.
Malah, Konsert solo Datuk M. Nasir juga dijadual bakal berlangsung.
Keterujaan sama turut dikongsikan peminat BTS selepas Ketua Pengarah Eksekutif syarikat penerbangan tambang murah AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes mengesahkan kehadiran kumpulan K-Pop popular, BTS yang juga dikenali sebagai Bangtan Boys bagi melangsungkan konsert sulung mereka di Malaysia dalam masa terdekat.
Jadi konsert mana pilihan anda?
Hilal Azmi
Wed Dec 26 2018
Tahun 2019 dilihat amat meriah dengan penerbitan konsert penyanyi tempatan dan luar negara
Kedaulatan Digital: Astro gesa kerajaan semak undang-undang kukuh kuasa penguatkuasaan
Kerajaan digesa untuk membuat semakan undang-undang bagi mengukuhkan kuasa penguatkuasaan dalam membantu agensi berkaitan bertindak dengan lebih pantas demi kedaulatan digital Malaysia.
Tiga anggota polis direman kes rasuah pemandu lori
Tiga anggota polis direman empat hari sehingga Ahad bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemandu lori di Mersing.
DOSM tambah 300 kaunter daftar PADU
Jabatan Perangkaan menambah 300 kaunter fizikal di seluruh negara dalam memastikan proses mengemas kini maklumat dalam sistem PADU lancar.
Wanita 20 tahun ke atas disaran jalani saringan kesihatan kesan NCD
"Jangan tunggu ada simptom baru nak uji, masa tu tak tahu sama ada komplikasi sudah berlaku atau tidak."
India bantah keras kenyataan AS berhubung penahanan Ketua Menteri Delhi
Pandangan negara luar berhubung penahanan Kejriwal dilihat telah merisaukan Kerajaan India.
Kuasa bekukan permit pemindahan padi antara negeri di bawah Akta 522 - KPB
Kuasa membekukan permit pemindahan padi antara negeri adalah di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) melalui fungsi Ketua Pengarah KPB.
Air Balang RM1 jadi tumpuan Bazar Ramadan Temenggong, Kulai
Bukan sekadar berniaga, pengusaha Air Balang RM1 juga ambil kesempatan lakukan jariah di bulan penuh kemuliaan.
Anggota polis didakwa minta, terima rasuah direman empat hari
Tiga anggota polis direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7,800.
Persembahan bertenaga Dolla pukau penonton di China
Aksi bertenaga mereka mendapat sambutan hangat daripada penonton di negara itu, menandakan langkah berani Dolla keluar dari zon selesa di negara ini mula menampakkan hasil.
AWANI Ringkas: Agihan RM0.67 bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia tawar menu nasi lemak dua kali saiz
Santan memperkenalkan Nasi Lemak Pak Nasser Terpaling Istimewa (Double Special), hidangan ikonik yang kini bersaiz dua kali ganda berbanding asal.
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
Aidilfitri: AirAsia tawar lebih 22,000 tempat duduk tambang tetap ke Sabah, Sarawak
AirAsia menawarkan lebih 22,000 tempat duduk pada tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam sempena sambutan Hari Raya antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
AirAsia sasar hak trafik dua hala ke beberapa bandar di India
Tumpuan untuk meluaskan rangkaian penting bagi AirAsia kerana bandar utama di India telah mencapai puncak pengembangan.
Pesawat Airbus A321LR jadi pilihan pengembangan armada AirAsia
Fernandes berkata, daripada 362 pesawat A321neo (pilihan enjin baharu), 36 pesawat telah ditukar kepada A321LR (jarak jauh).
AirAsia tawar tambang promosi lapan jam ke Almaty
Tambang promosi boleh ditempah melalui aplikasi airasia Superapp atau laman web untuk tempoh perjalanan bermula 14 Mac hingga 26 Okt, 2024.
Tambang tetap penerbangan tambahan tengah malam, Loke hargai AirAsia
Loke juga telah memberikan kemeja-T merah percuma kepada penumpang penerbangan AK9070 ke Sibu, Sarawak pada 7 Feb lepas.
AirAsia lancar kempen 'This Is India', tawar tambang bermula RM329 ke 12 destinasi di India
Pengembara dari India juga boleh membuat tempahan penerbangan untuk mengunjungi Kuala Lumpur dengan tambang bermula INR7,835 termasuk semua sehala.
AirAsia tambah penerbangan laluan Jakarta-Kuching bermula 8 Februari
AirAsia akan mempertingkatkan kekerapan penerbangan laluan Jakarta-Kuching bermula 8 Februari.
AirAsia antara syarikat penerbangan tambang rendah paling selamat di dunia bagi 2024
AirlineRatings.com mengumumkan AirAsia Aviation Group, termasuk syarikat penerbangan jarak sederhana AirAsia X dan Thai AirAsia X sebagai antara syarikat penerbangan tambang rendah paling selamat.