awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Guru wanita rugi RM890,000, ditipu sindiket 'phone scam'
BISNES
Jiwa SME 2025: Lebih 3,000 meriahkan Ipoh, Pentagon Math juara ‘Pentas Jual’
MALAYSIA
Bil elektrik lebih terperinci, pecahan caj bantu pelanggan fahami penggunaan tenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ENTERTAINMENT

Senaskhah al-Quran ibu peneman Zul Ariffin

Gempak
Gempak
12/03/2018
06:08 MYT
Senaskhah al-Quran ibu peneman Zul Ariffin
Dia masih merindui suara dan kiriman teks harian daripada arwah ibunya, Robiah Nasir hingga hari ini. - Foto Instagram @zul_ariffin
TIGA bulan lalu, kehilangan ibu tercinta milik pelakon Zul Ariffin benar-benar mengubah struktur hidupnya.
Baca: Ibu Zul Ariffin Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung
Kata Zul, dia masih merindui suara dan kiriman teks harian daripada arwah ibunya, Robiah Nasir hingga hari ini.
"Setiap pagi saya akan menelefon arwah dan bertanyakan khabarnya, saya akan memberitahu apa yang saya akan lakukan hari ini dan kemana saya akan pergi.
"Namun semuanya sudah berubah, saya tiada tempat untuk bercerita dan mengadu. Pemergiannya betul-betul buat saya terkesan!
"Orang nampak saya gembira, ketawa dan ceria tapi tiada siapa tahu apa yang saya rasa.
"Cara 'berpura-pura' inilah yang hilangkan rasa sunyi dan sedih," ujarnya kepada Astro Gempak.
Zul yang ditemui pada majlis pengumuman Top 5, Anugerah MeleTOP Era (AME2018) di Timbre, Kuala Lumpur baru-baru ini mendedahkan dia masih menyimpan senaskhah al-Quran milik arwah ibunya sebagai peneman.
"Senaskhah al-Quran yang selalu dipegang dan dibaca arwah ibu sayalah yang menemani saya sampai sekarang. Yang lain hanyalah kenangan kami bersama," tuturnya sayu.
Sebelum pemergian ibunya, Zul pernah berjanji untuk membawa arwah ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah.
Namun, hajatnya pada Januari lalu tidak kesampaian apabila ibunya terlebih dahulu pergi menghadap ilahi.
"Allah lebih menyayanginya..." luah Zul akhiri bicara.
Dalam perkembangan sama, Zul tercalon dalam tiga kategori iaitu Bintang Filem MeleTOP (J Revolusi & Tombiruo), Pelakon TV MeleTOP dan Drama MeleTOP untuk AME2018.
Undian fasa kedua ini boleh dibuat menerusi laman web rasmi www.anugerahmeletopera.com.my, aplikasi ERA dan RAKU serta melalui kiriman SMS bermula 6 Mac 2018, jam 6.00 petang hingga 8 April 2018 jam 12.00 tengah hari.
Topic Berkaitan
#Al-Quran
#Kuala Lumpur
#meninggal dunia
#pelakon
#serangan
#umrah
#Zul Ariffin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami