PELAKON Datuk Jalaluddin Hassan, 63, mengakui sedang mengenali seorang wanita dan berhasrat untuk mengahwininya selepas setahun pemergian isteri, Datin Hasimah Mat Ehsan.
Kata Jalaluddin dia mengenali wanita itu menerusi Facebook beberapa bulan lalu untuk mengucapkan Selamat Berpuasa pada bulan Ramadan sebelum bertemunya ketika sambutan rumah terbuka Aidilfitri.
"Life must go on! Apabila hilang arwah isteri saya rasa hidup saya tiada erti dan pintu hati pun sudah tertutup.
"Tetapi apabila pertama kali bertemunya, hati saya rasa dialah individu yang paling tepat.
"Ya, saya sedang mengenali seseorang dan berhasrat untuk memperisterikannya.
"Bagaimanapun tarikh masih belum diputuskan lagi, mungkin tahun ini mungkin tahun depan," katanya yang ditemui pada majlis sidang media teater Bahara Emas di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur siang tadi.
Wanita yang berstatus ibu tunggal itu didedahkan Jalaluddin dengan pangkal nama YR.
Selain itu, wanita berusia 44 tahun tersebut dipercayai berasal dari Serkam, Melaka dan mempunyai empat anak hasil perkahwinan sebelum ini.
Sementara itu, tambah Jalaluddin, bapanya, Tan Sri Hassan Azhari juga sering menasihatinya untuk berkahwin kerana kasihankan dirinya.
"Ayah saya betul-betul mahukan saya berkahwin secepat mungkin tetapi saya masih belum bersedia.
"Anak-anak juga tidak menghalang untuk saya berkahwin semula kerana sedar saya memerlukan seorang isteri pada masa ini terutama untuk menjaga kebajikan saya.
"Apa pun, saya memerlukan sedikit ruang sebelum membuat keputusan," katanya.
Pengacara Who Wants To Be A Millionaire itu kehilangan isterinya Datin Hasimah Mat Ehsan November tahun lalu akibat komplikasi pembedahan jantung di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur.
Minggu lalu, Jalaluddin dimasukkan ke hospital akibat masalah vertigo yang menyebabkannya mengalami masalah keseimbangan badan.
Walaupun dibenarkan keluar hospital untuk berehat pada Rabu lalu, Jalaluddin tetap memberi komitmen pada teater Bahara Emas terbitan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bakal dipentaskan pada 19 hingga 22 Oktober ini.
Teks oleh: Amri Hassan
Gempak
Tue Oct 10 2017
Jalaluddin akui sedang mengenal hati budi seorang wanita yang dikenali dari Facebook. - Foto Wikipedia.
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
MB zahir terima kasih atas komitmen PM bangunkan Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar dan meluluskan permintaan Kedah berkaitan projek-projek pembangunan di negeri ini.
PM arah TPM cari solusi tingkat pelajar TVET
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta TPM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mencari jalan penyelesaian dalam menangani kekurangan pelajar TVET bagi memeuhi permintaan industri berteknologi tinggi.
Masalah di Kedah selesai dalam tempoh dua bulan- PM
Kerajaan Persekutuan memberikan komitmen untuk menoktahkan masalah miskin tegar membabitlan 2,500 keluarga di negeri Kedah dalam tempoh dua bulan.
China padam impian Malaysia beraksi di pentas final
Hasrat Malaysia untuk menamatkan kemarau 32 tahun menjulang Piala Thomas tidak kesampaian apabila tewas kepada tuan rumah China, 1-3 dalam aksi suku akhir edisi 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Mei 2024.
14 terkorban, banjir dan tanah runtuh di Sulawesi Selatan
Pasukan mencari dan menyelamat kebangsaan Indonesia (Basarnas) mengesahkan 14 terkorban susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda Kabupaten Luwu di wilayah Sulawesi Selatan pada Jumaat.
Setahun membujang, Jalaluddin bakal nikah kenalan di Facebook
Pertemuan pertama pada sambutan rumah terbuka Aidilfitri membuka hati untuk menerima wanita lain selepas kematian isteri setahun lalu.