awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengarah syarikat didenda RM50,000 kemuka dokumen palsu pemutihan warga asing
V BTS pecah rekod artis lelaki Korea terpantas capai 70 juta pengikut di Instagram
Bangladesh lancar undi pos luar negara pertama menjelang pilihan raya umum
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Setengah juta tonton video polis mirip Nike Ardilla nyanyi lagu Bintang Kehidupan

Gempak
Gempak
23/10/2017
10:00 MYT
Setengah juta tonton video polis mirip Nike Ardilla nyanyi lagu Bintang Kehidupan
Bukan hanya vokalnya dipuji netizen malah ada yang menyamakan Nindya mirip penyanyi berkenaan memandangkan potongan rambut yang seakan-akan serupa.
BRIPDA Nindya Pratiwi seorang anggota polis wanita dari Indonesia yang kini sedang heboh diperkatakan di semua platform media sosial.
Bukan hanya memiliki wajah yang ayu malah, Nindya juga dianugerahkan bakat suara yang merdu biarpun menyanyi tanpa diiringi instrumen muzik.
Nindya mula meraih perhatian netizen apabila dia memuatnaik sepotong video menyanyikan lagu Bintang Kehidupan (nyanyian asal Nike Ardilla) sambil diiringi keyboard di Instagramnya sejak seminggu lalu.
@isabeladapdap
A post shared by NINDY (@nindypa) on
Oct 15, 2017 at 9:37pm PDT
Video itu telah ditonton lebih 500,000 kali dan mendapat lebih 1,000 komen.
"Suara sangat mirip Nike Ardilla. Teruskan!" puji @cecepcitiis.
"Sudahlah cantik, suara pula bagus," tulis @ranran.maharani.
Sepotong video Nindya menyanyikan lagu Salahkan Bila Diriku Terlalu Mencintaimu (nyanyian asal Fatin Shidqia) secara akustik dengan petikan gitar dan lagu From This Moment (Shania Twain) juga mencuri tumpuan netizen.
Terbaharu, videonya menyanyikan semula lagu hits Armada Band, Asal Kau Bahagia secara bersahaja di lobi sebuah hotel mula mencuri perhatian.
Bukan hanya vokalnya dipuji netizen malah ada yang menyamakan Nindya mirip penyanyi berkenaan memandangkan potongan rambut yang seakan-akan serupa.
Selepas video nyanyiannya tular di Internet, Nindya yang bertugas di Polda Metropolitan Jakarta Raya telah beberapa kali diudang ke beberapa rancangan televisyen untuk mempersembahkan bakat nyanyiannya secara langsung.
Topic Berkaitan
#media sosial
#Nike Ardilla
#penyanyi
#video
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan