Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Shaheizy Sam mahu 12 anak? Ini respons Syatilla Melvin

Shaheizy Sam mahu 12 anak? Ini respons Syatilla Melvin
Shaheizy Sam berkongsi video dan foto yang diambil di hospital selepas isterinya Syatilla Melvin melahirkan anak kedua mereka baru-baru ini. -Instagram
PELAKON Shaheizy Sam berkongsi video dan foto yang diambil di hospital selepas isterinya Syatilla Melvin melahirkan anak kedua mereka baru-baru ini.

Perkongsian itu dibuat menerusi entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

Sam mengucapkan terima kasih kepada pihak hospital terbabit untuk perkhidmatan mereka selama Syatilla berada di situ.

Dalam kapsyen yang sama, Sam sempat bergurau mengatakan dia mahu 12 orang anak.
"Akan bersama sampai anak yang ke-12, Insya-Allah.

"Terima kasih yang tak terhingga kepada KPJ Ampang Puteri untuk segalanya, this video is just too sweet," tulisnya sebagai kapsyen.
Tidak berdiam diri membaca kapsyen tersebut, Syatilla turut meninggalkan komen.

"Aii 12? Caesar setakat lima orang. Mana mai lagi tujuh? Bini lain ke apa?" balasnya berbentuk gurauan.