Menggerunkan.

Baru-baru ini aktor Shahrukh Khan telah didatangi sekumpulan lelaki yang mendesak supaya menghentikan penggambaran sebuah iklan yang sedang dijalankannya.

Sekitar 50 ke 60 orang lelaki yang mewakili sebuah organisasi parti politik di India mendakwa penggambaran iklan yang dijalankan di Studio Mehboob tidak mendapat pengesahan oleh pihak mereka.

Menurut kumpulan tersebut, penggambaran iklan tersebut tidak mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.

Lebih mengejutkan, keadaan jadi lebih huru-hara selepas kumpulan samseng tersebut telah memeras ugut pihak produksi termasuk Shahrukh Khan.

Walau bagaimanapun, situasi kembali terkawal setelah penerbit iklan iaitu Arpan Fernandes menelefon pihak polis untuk membinta bantuan dan membuatkan mereka terpaksa bersurai.

Khabarnya gangguan tersebut sengaja dicipta oleh politikus di studio tersebut kerana mahukan wang perlindungan sebanyak RM3 juta. -- Astro Gempak