Sharifah Shahira sedia terima Sufian Suhaimi sebagai menantu

Sharifah Shahira sedia terima Sufian Suhaimi sebagai menantu
SECARA berseloroh Sharifah Shahir menyatakan kesediaan menerima Sufian Suhaimi sebagai menantunya.
PELAKON dan penyampai radio, Sharifah Shahira atau Shiera sedia menerima Sufian Suhaimi sebagai menantu sekiranya penyanyi terkenal itu mahu menyunting anak perempuannya, Allisya Tahir.

Bagaimanapun, seperkara yang membimbangkan isteri kepada pelakon Ijoy itu ialah apakah Sufian yang popular dengan lagu Di Matamu itu tidak sudi menerima pelawaan itu.

Dalam nada berseloroh, Shiera berkongsi hasratnya itu dalam entri yang dimuat naik alam laman Instagram peribadinya baru-baru ini.
Shiera yang terkenal dengan sikap selamba dan humornya juga dalam nada rendah diri memberitahu, dia sedar Allisya bukan seorang wanita yang sempurna.

“Bila anak aku dah besar sangat...Orang ajak anak kita keluar...

“Kita tak memilih..sebab sedar diri dan ruang, janji baik... sbb kita tau anak kita tak sempurna jugak.

“Kita nak jadi mak mertua disayangi... semua takut ngan aku....”
tulisnya lagi.

Menerusi entri yang sama, Shiera berkongsi sedutan video dia dan Sufian ditemu bual oleh stesen radio Suria Malaysia tempat dia bertugas.


Allisya merupakan anak Shiera hasil perkahwinan pertamanya dengan vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt.

Menerusi perkahwinan dengan Ijoy pula, pasangan itu dikurniakan empat orang anak iaitu Airell , 15, Airra, 12, Audra, 10, dan Adeena, 2.


BACA: "Saya sudah lama move on" - Sufian Suhaimi