Tutup

Sharnaaz pilih diam diri, enggan ulas isu rumah tangga

Sharnaaz pilih diam diri, enggan ulas isu rumah tangga
SHARNAAZ: Buat masa ni saya belum bersedia untuk bercerita tentang hal ini. -Foto Gempak
AKTOR Sharnaaz Ahmad enggan mengulas lanjut mengenai foto yang dimuat naik oleh isterinya, usahawan popular Noor Nabila Mohd Noor.

Kata Sharnaaz, dirinya belum bersedia untuk berkongsi secara terbuka kerana khuatir akan mengeruhkan lagi keadaan.

"Buat masa ni saya belum bersedia untuk bercerita tentang hal ini.

"Sebab hanya andaian... Jadi, tak berani nak cakap, takut memudaratkan lagi keadaan," katanya kepada Gempak.
Sharnaaz ditemui di majlis tayangan perdana filem Wangi di e@Curve, Damansara malam tadi.

Dalam pada itu, Sharnaaz mengakui dia seorang yang suka bercakap tetapi apabila melibatkan soal keluarga, dia memilih untuk membataskan perkara terbabit.
"Hari ini bersepah orang telefon dan bercakap mengenai hal ini.

"Saya tahu, saya banyak bercakap tentang benda-benda begini... Tapi, ini soal keluarga, saya tak mahu cakap lebih.

"Apa yang saya boleh cakap satu perkara sahaja, lagi 30 minit hari lahir anak saya. Selamat hari lahir untuk anak lelaki saya," katanya mengakhiri temu bual tersebut yang tamat sekitar 11.30 malam tadi.

BACA: "Sampai ke Mekah orang mendoakan dia .." - Anak Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad beransur pulih

Nabila telah memuat naik sekeping foto, dipercayai di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta.

Nabila berkongsi foto terbabit di laman Instagram Story miliknya semalam.

Dalam pada itu, Nabila juga turut memuat naik kata-kata yang menguatkan spekulasi yang dirinya kini berhadapan dengan masalah rumah tangga.

Sebelum ini, perkahwinan antara Sharnaaz dan Nabila dikatakan pernah berdepan masalah bermula Februari lalu.

Namun, perhubungan mereka dilihat semakin pulih, sejak Mei lepas.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Jebat Jayden, pada Ogos tahun lalu.