MENGHAMPIRI penghujung 2019, peminat muzik semestinya teruja dengan persembahan konsert artis terkenal sepanjang tahun ini.

Pelbagai konsert dan festival telahpun berjaya memeriahkan pentas muzik bagi memenuhi citarasa peminat hingga ke pertengahan tahun ini.

Tidak kira jika anda penggemar muzik pop dari Korea dan Jepun, atau indie rock tempatan, mahupun rock dari serata dunia, pastinya ada acara muzik yang menepati selera anda mulai sekarang sehingga hujung tahun ini.

Berikut senarai konsert antarabangsa dan tempatan yang dijadual berlangsung mulai Julai hingga Disember tahun ini:

1. Hujan & Masdo di The Bee, Publika
Dua kugiran rock gergasi ini pasti tidak asing lagi buat penggemar muzik tempatan.

Hujan dengan kepelbagaian pengaruh dalam muzik rocknya berserta dengan Masdo yang dikenali dengan irama dan imej retro pasti menjanjikan satu malam yang tidak dapat dilupakan.

Tarikh/Masa: Jumaat, 19 Julai, 7 malam
Tempat: The Bee, Publika
Tiket: Jualan dalam talian dengan harga bermula RM68 boleh dibeli melalui laman web Air Asia Red Tix.


2. Anne-Marie Live in Malaysia 2019

Buat julung kalinya, artis pop dari United Kingdom ini akan mempersembahkan sebuah konsert di Live KL, Kuala Lumpur.

Dengan 5 bilion penstriman dan 12 juta penjualan rekod single, beliau menjadi antara artis yang telah membentuk landskap muzik lewat 2010-an ini.

Tarikh/Masa: Isnin, 22 Julai, 8 malam
Tempat: KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur
Tiket: Jualan tiket dalam talian dengan harga bermula RM138 boleh dibeli melalui laman web Lazada.


3. LANY Kuala Lumpur 2019
Kumpulan indie pop yang dianggotai tiga individu dari Amerika Syarikat ini kembali ke Kuala Lumpur dalam siri jelajah “Malibu Nights”.

Tarikh/Masa: Sabtu, 27 Julai, 8.30 malam
Tempat: Pusat Konvensyen Kuala Lumpur - Dewan 5
Tiket: Jualan tiket dalam talian dengan harga bermula RM258 boleh dibeli melalui laman web PR Worldwide.


4. Tulus Sewindu Tour Kuala Lumpur
Penyanyi pop bersuara lantang dari Indonesia ini telah berjaya menambat hati peminat muzik di Malaysia dengan diskografinya yang puitis lagi menenangkan.

Tarikh/Masa: Sabtu, 3 Ogos, 8.30 malam
Tempat: Pusat Konvensyen Kuala Lumpur - Dewan Plenari
Tiket: Jualan tiket dalam talian dengan harga bermula RM155 boleh dibeli melalui laman web PR Worldwide.


5. CHON Kuala Lumpur 2019
Kugiran rock progresif dari Amerika Syarikat ini menggabungkan elemen jazz, rock dan juga elektronik dalam membentuk cita rasa generasi YouTube di serata dunia.

Disertai artis-artis indie tempatan, Milo Dinosaur dan Playburst, anda pasti tidak akan dikecewakan pada konsert ini.

Tarikh/Masa: Ahad, 4 Ogos, 8.00 malam
Tempat: Bentley Music Auditorium, Petaling Jaya
Tiket: Jualan tiket dalam talian dengan harga bermula RM108 boleh dibeli melalui laman web Soundscape Records.


6. Twice World Tour 2019 'twicelights' di Kuala Lumpur
Siapa yang tidak kenal dengan salah satu kumpulan K-Pop wanita terkemuka dunia Twice?

Terkenal dengan lagu-lagu rancak seperti "Likey" dan "Dance the Night Away", sembilan gadis menawan ini pasti akan menghiburkan anda dari awal hingga tamat konsert nanti.

Tarikh/Masa: Sabtu, 17 Ogos, 4.30 malam
Tempat: Axiata Arena, Kuala Lumpur
Tiket: Jualan tiket dalam talian dengan harga bermula RM388 boleh dibeli melalui laman web Ticket Charge MY.


7. Flume Live in Kuala Lumpur
Sejak kejayaan album pertama beliau pada 2012, Flume telah dinobatkan sebagai perintis genre future bass yang kini merupakan antara trend terhangat pemuzik-pemuzik elektronik di serata dunia.

Artis ini merupakan kebanggaan industri muzik Australia di samping artis-artis lain seperti Sia, Kevin Parker dan Iggy Azalea.

Tarikh/Masa: Jumaat, 23 Ogos, 8 malam
Tempat: KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur
Tiket: Jualan tiket dalam talian dengan harga bermula RM208 boleh dibeli melalui laman web Pouch Nation.


8. Snow Patrol di KL Live, Kuala Lumpur
Siapa tidak kenal kugiran rock dari Ireland ini? Dengan lagu ikonik mereka, "Chasing Cars" yang telah berjaya memenangi pelbagai anugerah antarabangsa dan telah menjadi antara lagu rock yang paling laris dalam era digital.

Konsert akustik yang akan mereka adakan ini pasti menggamit kenangan mereka yang membesar dalam era 2000-an yang sarat dengan gerakan-gerakan muzik yang baharu dan unik.

Tarikh/Masa: Khamis, 29 Ogos 2019, 7 malam
Tempat: KL Live, Jalan Sultan Ismail
Tiket: Jualan tiket dalam talian dengan harga bermula RM248 boleh dibeli melalui laman web Pouch Nation.


9. 2019 Nu’est Concert in Kuala Lumpur

Kumpulan lelaki K-Pop yang ditubuhkan pada 2012 ini telah banyak menunjukkan kemajuan dan kematangan berbanding tujuh tahun lalu.

Konsep lagu mereka lebih bersifat matang dan unik seperti lagu pertama “Face” yang menggambarkan gejala buli dan tekanan masyarakat.

Namun, itu tidak menghalang mereka menampilkan penambahbaikan yang dibuat menerusi EP Q Is dan Canvas dengan persembahan karya mereka sendiri bersama elemen yang unik.

Tarikh/Masa: Sabtu, 7 September, 6 petang
Tempat: Stadium Melawati, Shah Alam
Tiket: Jualan tiket dalam talian dengan harga bermula RM268 boleh dibeli melalui laman web Pouch Nation.


10. MONO di Kuala Lumpur 2019

MONO
Kugiran dari Jepun yang dianggotai empat pemuzik berbakat ini sudah terjebak dalam arena muzik antarabangsa sejak tahun 1999 lagi.

Dengan niat untuk tidak mengehadkan diri dengan definisi tradisional sesebuah genre, mereka lebih dikenali dengan bunyi unik mereka yang dipengaruhi karya seni klasikal, eksperimental dan juga avant-rock.

Pastikan anda tidak terlepas pengalaman yang tidak ternilai ini!

Tarikh/Masa: Khamis, 26 September, 8 malam
Tempat: The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC), Sentul Park
Tiket: Jualan tiket dalam talian dengan harga bermula RM108 boleh dibeli melalui laman web Pro Ticket.


11. Jay Park World Tour SEXY 4EVA in Asia - Kuala Lumpur
Artis R&B Korea Selatan-Amerika Syarikat ini bukan sahaja pemuzik terkenal, tetapi juga CEO kepada syarikat penerbitannya sendiri, AOMG dan H1ghr Music.

Asalnya ketua kepada kumpulan sensasi K-Pop, 2PM, beliau kini dikenali di serata dunia sebagai seorang penghibur yang unik dengan gayanya yang tersendiri.

Para penggemar muzik kontemporari pasti akan mengamati persembahan jejaka yang sangat berketerampilan ini.

Tarikh/Masa: Jumaat, 27 September, 8 malam
Tempat: KL Live, Kuala Lumpur
Tiket: Jualan tiket dalam talian dengan harga bermula RM290 boleh dibeli melalui laman web Eventix.


12. Shawn Mendes: The Tour Asia Live in Kuala Lumpur
Sensasi internet dari Amerika Syarikat ini pasti anda kenal sekiranya anda aktif di laman-laman media sosial.

Suaranya yang lantang dan merdu ini juga pasti terngiang-ngiang di telinga anda, dengan lagu-lagunya yang tidak berhenti dimainkan di stesyen-stesyen radio di serata dunia.

Beliau telah membuktikan bahawa beliau layak memperoleh perhatian orang ramai dengan lagu-lagu folk popnya yang menawan beserta adilipur yang menarik sekali.

Tarikh/Masa: Sabtu, 5 Oktober, 8 malam
Tempat: Axiata Arena, Bukit Jalil
Tiket: Jualan tiket dalam talian dengan harga bermula RM258 boleh dibeli melalui laman web PR Worldwide.


13. Inspirasi 2019 - Afgan Live in Kuala Lumpur (feat. Sheila Majid)
Dikenali sebagai antara penyanyi dan penulis lagu terbaik Indonesia pada abad ini, Afgansyah Reza mempunyai jutaan peminat dari sekitar rantau Asia Tenggara ini terutamanya Malaysia.

Dengan suaranya yang merdu, jejaka Minangkabau dari Jakarta ini pasti akan menambat hati anda dengan persembahannya di Pusat Konvensyen HGH nanti!

Tarikh/Masa: Sabtu, 5 Oktober, 8.30 malam
Tempat: Pusat Konvensyen HGH, Sentul
Tiket: Jualan tiket dalam talian dengan harga bermula RM299 boleh dibeli melalui laman web Proticket.


14. HALESTORM Live in Kuala Lumpur

HALESTORM
Kugiran rock dari Amerika Syarikat ini dikenali dengan kekerapan mereka mengadakan persembahan secara langsung di serata dunia, sekerap 250 persembahan dalam setahun.

Dikenali sebagai sebuah band hard rock dan heavy metal, pastinya ‘otai-otai’ di luar sana akan dapat menghargai irama segar mereka dalam genre tersebut.

Tarikh/Masa: Sabtu, 14 Disember, 9 malam
Tempat: Star Convention Centre, Menara PGRM
Tiket: Jualan bermula pada harga RM198 boleh dibeli di laman Proticket.