Peraduan filem pendek 'Shortcuts' oleh Astro membuka peluang kepada penggiat filem untuk meningkatkan kedudukan serta standard perfileman di Malaysia ke tahap global.
Ia juga sebuah platform yang menyediakan pelbagai bengkel yang dikendalikan sembilan pengarah filem tersohor dari rantau Asia Tenggara.
Liew Seng Tat, pengarah filem yang terkenal dengan hasilnya 'Lelaki Harapan Dunia' dan 'Flower in The Pocket' merupakan antara mentor kepada peserta 'Shortcuts'.
Seng Tat ketika ditemui menyifatkan peraduan 'Shortcuts' adalah platform terbaik kepada penggiat filem untuk membina rangkaian, berkongsi pengalaman dan meningkatkan pengetahuan, selain peluang memenangi dana bantuan.
"Melalui 'Shortcuts', peluang bertemu dan membina rangkaian antara pembuat filem akan memberi ruang untuk berkongsi idea serta peluang mewujudkan kerjasama," katanya dalam satu temubual bersama Astro AWANI.
Pengarah filem yang berasal dari Kuala Lumpur itu juga berkata, sebagai penggiat industri yang berpengalaman, beliau yakin banyak perkara lain boleh dipelajari daripada peserta.
"Pada bengkel ini, saya akan kongsikan pengetahuan, pengalaman yang saya sudah perolehi dan saya berharap mereka (peserta) dapat memanfaatkannya dengan sebaik mungkin," kata Seng Tat.
Seng Tat juga berpendapat wujudnya jurang dan komunikasi antara penggiat filem di Asia Tenggara dan berharap platform seperti 'Shortcuts' adalah peluang yang mampu mengurangkan jurang tersebut.
Antara cabaran yang kini didepani industri perfileman adalah dari segi kewangan dan tahap daya saing yang terlalu tinggi.
Bagaimanapun, menurut Seng Tat, Malaysia melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) kini semakin giat dan aktif dalam mewujudkan pelbagai aktiviti dan sokongan khususnya kepada mereka yang baru menceburi bidang perfileman.
Sementara itu, peraduan 'Shortcuts' yang dianjurkan Astro Shaw kali ini menyaksikan 18 peserta finalis terpilih untuk mengikuti bengkel khas selama 3 hari di Kuala Lumpur.
Bengkel yang akan dikendalikan sembilan tokoh ini antaranya Joko Anwar dari Indonesi dan Remton Siega Zuasola dari Filipina akan menumpu kepada topik penulisan skrip, pembentangan dan kemahiran produksi.
Pada akhir sesi, tiga finalis akan dipilih sebagai pemenang selepas kesemua peserta membuat pembentangan dan 'pic' di hadapan panel juri.
Ketiga-tiga pemenang akan memperolah dana 40 ribu ringgit bagi menghasilkan sebuah filem pendek, yang berpotensi ditayangkan di mana-mana festival filem dirantau ini dan disiarkan di A-List Astro, saluran 456.
Dania Zainuddin
Wed Dec 09 2015
'Shortcuts' juga sebuah platform yang menyediakan pelbagai bengkel yang dikendalikan sembilan pengarah filem tersohor dari rantau Asia Tenggara.
Warga Kementerian Komunikasi perlu jalankan tugas cerminkan konsep Malaysia Madani - Fahmi
Warga Kementerian Komunikasi perlu menjalankan tugas dan amanah yang mampu mencerminkan konsep Malaysia Madani.
Keputusan Che'gu Bard kena perintah larangan pada Isnin
Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Abu Bakar Katar selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan pada Khamis.
Pengembara 46 negara dibenar guna 'autogate' di pintu masuk negara
Jumlah itu adalah tambahan daripada 10 buah negara yang dibenarkan berbuat demikian pada tahun lepas.
AWANI Ringkas: 10 kes strok haba di Terengganu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes Zulfarhan: Keputusan rayuan 18 bekas penuntut UPNM 23 Julai ini
Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis menetapkan keputusan kes berhubung kematian Allahyarham Zulfarhan membabitkan 18 bekas penuntut itu, pada 23 Julai depan.
Faisal Halim dibenarkan jumpa anak dari jarak jauh
Situasi terkini Faisal Halim berada dalam keadaan baik selepas menunjukkan perkembangan positif dari masa ke semasa.
Baj langgar jambatan di AS akibatkan tumpahan minyak
Sebuah baj melanggar jambatan di Galveston, bandar di Pantai Teluk di negeri Texas Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menyebabkan tumpahan minyak ke teluk dan sebahagian jambatan itu runtuh.
Kes mahkamah Najib tidak akan selesai dalam masa terdekat - Nooryana
Kes mahkamah yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan selesai dalam masa terdekat.
MFLS terajui usaha membina negara bangsa dengan belia berkepimpinan
Dalam hasrat membina negara bangsa yang diterajui golongan berkempipinan tinggi, Akademi Kenegeraan Malaysia (AKM) meneruskan lagi program Malaysia Future Leaders School (MFLS) untuk tahun keenam.
Serangan buaya: Perhilitan Melaka pasang perangkap
Perhilitan Melaka akan menjalankan rondaan berkala dan memasang perangkap susulan kejadian seekor kambing milik penduduk dibaham buaya.
Ini filem-filem pendek terawal dihasilkan melalui OpenAI Sora
Walaupun teknologi AI generatif ada banyak isu seperti melanggar hak cipta, ramai artis mula menghargai teknologi ini.
Legasi srikandi Tun Fatimah diangkat ke layar digital
Kegemilangan sejarah Melayu yang berusia 500 tahun diterbitkan bzBee Consult untuk tontonan masyarakat dunia.
Tujuh pembuat filem pendek terima dana Finas
Dana di bawah Dana Kandungan Digital (DKD) (Sektor Filem) itu bertujuan merancakkan ekonomi industri kreatif dalam negara.
"Tujuh hari di bawah matahari", filem pendek istimewa dari Astro untuk Aidilfitri 2022
Tahun ini Iklan Raya Astro 2022 menampilkan kelainan dengan menghasilkan filem pendek berdurasi 20 minit, berbeza dengan iklan yang dihasilkan sebelum ini.
Maszlee buat kemunculan pertama dalam filem "Taruh" demi didik orang ramai
"Taruh" adalah sebahagian daripada langkah dalam menjayakan inisiatif untuk menyumbang kepada masyarakat.
Kenali Gangavva, sensasi YouTube dari India yang mempunyai jutaan peminat
Gangavva Milkuri bukanlah bintang tipikal seperti anda kenali. Nenek kepada lapan cucu ini sebenarnya seorang buta huruf malah umurnya tidak diketahui kerana dia sendiri tidak tahu berapa umurnya.
Festival filem sebagai 'flagship' KLWBC 2020
KLWBC 2020 bukan setakat acara riang-ria 365 hari. Ia ladang menuju DMK 2021-2030.
PLUS terbitkan Tumpang sempena Aidilfitri 2019
Tumpang mengisahkan dua lelaki berlainan dunia dan usia, Pak Man dan Amir, yang secara kebetulan ditemukan di sebuah Hentian Rehat dan Rawat selepas Amir ditinggalkan bas untuk balik beraya ke Muar.
'Shortcuts' platform kepada penggiat baru dalam industri filem
Peraduan filem pendek 'Shortcuts' oleh Astro membuka peluang kepada penggiat filem untuk meningkatkan filem Malaysia ke tahap global.
Jason Lim ketengahkan nasib orang buta dalam filem pendek
Filem pendek 15 minit dari Jason Lim menyentuh perasaan bertajuk "Are You Blind?" mengetengahkan nasib golongan buta.