BINTANG AF Megastar, Marsha Milan mengakui dia dibantu oleh 20 orang kru belakang tabir yang menjaga dan menguruskan persembahannya setiap minggu.

20 orang kru Team Marsha itu terdiri daripada penata gaya, jurusolek, koreografi tarian, pengarah persembahan dan muzik.

BACA: Hampir putus asa, suami pembakar semangat Marsha

BACA: Idayu juara AF Megastar 2017

BACA: Air mata saya ikhlas, bukan drama - Shahir

"Setiap minggu saya dan Team Marsha akan berusaha untuk menunjukkan perbezaan lagu asal dengan cara nyanyian, persembahan dan sebagainya.

"Team Marsha yang membantu daripada segi penataan gaya, susunan muzik, persembahan dan koreografi.

"Genervie Kam dan teman-temannya membantu daripada segi susunan lagu, Mimi (One Nation Emcees) menjadi koreografer persembahan saya dan Elvira contohnya akan membantu untuk vocal styling serta teknik nyanyian.

"Cuma mereka tidaklah terlibat serentak dalam setiap persembahan saya, kena tengok lagu yang sesuai untuk mereka bantu saya," katanya kepada Astro Gempak.


Digelar showgirl dalam setiap persembahan mingguan selama lapan minggu dalam AF Megastar, Marsha mendedahkan rancangan ini merupakan reinkarnasi dirinya.

"Setiap penghibur sepatutnya menjadi showgirl. Mungkin banyak lagi yang perlu saya perbaiki namun saya mahu setiap kali di pentas, saya terhibur dan audiens pun terhibur.

"Itu yang akan membuatkan persembahan itu gempak!" tambahnya.


Konsert akhir AF Megastar telah melabuhkan tirai pada malam tadi dan menyaksikan Idayu diangkat sebagai Megastar pertama.

Marsha bagaimanapun dinobatkan sebagai penerima Anugerah Terlajak Megastar yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 tajaan D’Herbs.



Bagi yang terlepas untuk menonton video persembahan bintang-bintang AF Megastar, layari http://www.gempak.com/af-megastar/video,

AF Megastar juga boleh ditonton secara langsung di laman http://www.afmegastar.com.my/

Jika mahu menonton koleksi konsert akhir Akademi Fantasia dari musim pertama hingga ke AF2013, boleh ke Astro On Demand (OD) dengan melayari www.watchod.com.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @marshamilan