Siaran televisyen (TV) terrestrial analog secara rasminya ditutup di tujuh buah negeri Wilayah Utara dan Timur Semenanjung pada 12.30 malam tadi, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Dalam satu kenyataan Selasa, MCMC menjelaskan penutupan itu menandakan berakhirnya era penyiaran TV analog yang kini beralih kepada siaran Digital myFreeview sepenuhnya di Semenanjung.
"Proses penutupan membabitkan 49 stesen pemancar TV analog merangkumi Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
"Kemuncak kepada proses penutupan siaran TV Digital myFreeview akan berlangsung di Sabah dan Sarawak pada 31 Okt ini yang bakal menyaksikan peralihan bersejarah kepada siaran TV Digital myFreeview sepenuhnya di seluruh negara," menurut SKMM.
Kenyataan itu juga memaklumkan bahawa majlis ringkas peralihan siaran TV analog ke digital dijalankan di Gunung Jerai, Kedah dan Bukit Besar, Terengganu.
"Majlis dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri Kuah; Mohd Firdaus Ahmad, Ketua Bahagian Koordinasi Negeri MCMC; Mohd Zaidi Abdul Karim, Pengurus Besar Negeri Telekom Malaysia; Anis Ahmad Mohd Ibrahim dan Naib Presiden Kawal Selia MYTV; Shamsul Najib Mohtar.
Manakala di Bukit Besar, seramai 40 orang mewakili MCMC, Telekom Malaysia Bhd, MYTV dan Radio Televisyen Malaysia," menurut SKMM.
Menerusi siaran TV Digital myFreeview, penonton diberi pilihan menonton pelbagai saluran TV, radio serta aplikasi baharu seperti membeli-belah dalam talian, informasi semasa, pendidikan interaktif dan pelbagai rancangan lain.
Mereka yang belum beralih kepada platform siaran TV Digital myFreeview digalakkan untuk berbuat demikian dengan mendapatkan dekoder dan memasang aerial Ultra Frekuensi Tinggi (UHF) dan memasangnya kepada set tv sedia ada atau mendapatkan Integrated Digital TV (IDTV) yang telah dilengkapi dengan penala digital serta memasang kepada aerial UHF.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 15 2019
Kakitangan Telekom Malaysia Berhad (TM) Mohd Zulfadzli Roslan menunjukkan transmitter televisyen (TV) analog yang akan ditamatkan siaran dan digantikan dengan siaran digital pada Majlis Penutupan siaran analog. - fotoBERNAMA
Kerajaan Perpaduan jamin setiap penyelesaian sempadan maritim tidak jejas kedaulatan negara
Kerajaan Perpaduan memberi jaminan bahawa setiap keputusan dalam penyelesaian persempadanan maritim Malaysia dengan negara jiran tidak akan menjejaskan kedaulatan negara.
Lelaki didakwa ambil dadah, curi kenderaan, langggar mati warga emas
Lee Han Chai, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik kesemua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.
Pengarah syarikat umrah Emraz didakwa di mahkamah gagal bayar tuntutan
Syarikat pengendali umrah dan pengarahnya didakwa atas 16 pertuduhan gagal mematuhi perintah award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia membayar balik tuntutan wang kepada lapan mangsa.
Dewan Rakyat kecoh: 'Saya berpuasa.. sabarlah' - Azalina
Dewan Rakyat kecoh apabila penggulangan Datuk Seri Azalina Othman Said mengenai RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 dicelah Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Empat lelaki belasah pelajar ditahan
Seramai empat lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pergaduhan melibatkan pelajar di hadapan sebuah sekolah, pada Khamis lalu.
Perancis arah PBB segerakan gencatan senjata di Gaza
Duta Besar Perancis ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menempelak Majlis Keselamatan PBB yang masih belum capai keputusan menamatkan konflik di Gaza.
Stoking kalimah Allah: Agong murka, titah tindakan keras terhadap pelaku
Baginda bertitah mahu tindakan paling keras diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah.
Dua pengarah syarikat didakwa gagal patuhi perintah tribunal
Sebuah syarikat pengendali umrah didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas 16 pertuduhan gagal mematuhi perintah award tribunal tuntutan pengguna Malaysia.
Agong kurnia darjah kebesaran kepada 33 individu
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan kepada 33 individu sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2024 di Istana Negara.
[TERKINI] Sultan Ibrahim murka isu penjualan stoking tertera kalimah Allah
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim murka serta menzahirkan perasaan dukacita berhubung isu penjualan sarung kaki atau stoking yang tertera kalimah Allah di sebuah rangkaian kedai serbaneka.
Siaran TV analog di utara, timur Semenanjung ditutup sepenuhnya
Siaran televisyen terrestrial analog secara rasminya ditutup di tujuh buah negeri Wilayah Utara dan Timur Semenanjung pada 12.30 malam tadi, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.