Penyanyi terkenal Yuna sah menjadi isteri kepada Adam Sinclair dengan sekali lafaz pada petang Jumaat.

Satu sidang media khas berkenaan pernikahan dua mempelai ini akan diadakan hari ini, jam 4 petang di Putrajaya International Convention Centre (PICC)

BACA: Yuna dan Adam selamat bernikah di Bentong, Pahang

Yuna, atau nama sebenarnya, Yunalis Mat Zara’ai selamat diijab kabul dengan Adam atau nama penuh, Adam Yousof Mohamed Sinclair oleh Ustaz Azmi dari Majlis Agama Bentong, Pahang.

Majlis pernikahan yang diadakan di Puncak Rimba, Bentong semalam menyaksikan pihak Adam memberi tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang oleh Yuna.

BACA: Adam dan Yuna bernikah hari ini?

Pasangan ini bakal mengadakan sebuah majlis resepsi tertutup di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sebagai lokasi majlis resepsi, Ahad ini.

Nota: Saksikan secara langsung 'Sidang Media Khas Yuna dan Adam Sinclair' melalui platform Facebook live jam 4.30 petang sebaik sahaja sidang media bermula. jangan lupa tonton!

BACA: Yuna dan Adam bersanding 28 Januari ini