Silat dan haiwan eksotik antara elemen yang dilihat menarik di dalam video klip terbaru penyanyi kebanggaan negara, Yuna iaitu Falling.

Selain menggunakan gerakan perlahan atau slow-motion, elemen silat, tarian komtemporari dan ular sawa yang ditampilkan menjadikan video ini unik dan punya 'soul' yang tersendiri.

Dengan status Yuna sebagai penyanyi antarabangsa, persembahan silat yang diselitkan harus dipuji kerana sedikit sebanyak memperkenalkan budaya negara ke mata dunia.

Ini dilihat sebagai satu idea yang berani kerana menonjolkan budaya sendiri di mata pengikutnya di luar sana.

Video klip berdurasi empat minit itu telah dilancarkan pada 15 Februari lalu di laman YouTube.

Falling yang diterbitkan oleh Robin Hannibal merupakan single terbarunya selepas Rescue di dalam album, Nocturnal.