Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Simon Cowell ambil alih hak produksi 'Got Talent' daripada Sony Music

Simon Cowell ambil alih hak produksi 'Got Talent' daripada Sony Music
Perjanjian itu merupakan susulan pilihan pembelian semula yang dilakukan Cowell. - Reuters
PERSONALITI televisyen dan juga ‘mogul’ muzik Simon Cowell akan membeli bahagian saham Sony Music Entertainment dalam usahasama terbaharu mereka, Syco.

Reuters melaporkan, rancangan mencari bakat popular seperti Got Talent dan The X Factor, kini di bawah kendalian dan kuasa kreatif Cowell.

Hak cipta format televisyen yang dihasilkan Cowell itu akan dipindahkan ke syarikat baharu, Syco Entertainment, yang dimiliki beliau sepenuhnya.

Perjanjian itu merupakan susulan pilihan pembelian semula yang dilakukan Cowell. Sony Music bagaimanapun berkata, akan mengekalkan aset-aset muzik termasuk bintang yang dicungkil daripada rancangan tersebut seperti kumpulan One Direction dan Camila Cabello.
Usahasama yang bertahan lebih daripada sedekad itu telah melonjakkan jenama Got Talent hingga dikembangkan menjadi 76 versi tempatan di seluruh dunia, termasuk The X Factor yang menemui penonton di lebih daripad 130 wilayah.

"Dalam persimpangan hal berkaitan kontrak, adalah suatu yang terbaik apabila Simon menguasai aset-aset televisyennya, seterusnya membawa syarikat itu ke suatu visi baharu,” ujar Pengerusi Sony Music Rob Stringer.
Cowell atau digelar Mr Nasty, menjadi ‘jenama’ penting di sebalik tugasnya sebagai juri dalam American Idol, dan terkenal dengan kritikan keras terhadap penyanyi yang menguji bakat dalam program tersebut.


Tag: simon cowell, hiburan, got talent, the x factor, konglomerat, sony music



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.