Tutup

Siti Aafiyah dibawa Siti Nurhaliza bercuti di Dubai

Siti Aafiyah dibawa Siti Nurhaliza bercuti di Dubai
SITI NURHALIZA bersama suami dan anak kini berada di Dubai. - Gambar Instagram Siti Nurhaliza
SETIAP kali tibanya hujung tahun, dapat dilihat majoriti golongan artis atau sebilangan besar daripada kita memilih menghabiskan cuti bersama keluarga.

Ada yang memilih berlibur ke luar negara, tidak kurang yang bercuti di dalam negara.

Bagi penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pula, beliau bersama keluarga memilih Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), sebagai destinasi percutian hujung tahun mereka.

Penyanyi lagu Anta Permana itu berkongsi saat-saat manis bercuti bersama suami Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan permata hati mereka, Siti Aafiyah dalam laman Instagram peribadinya.
Kami kongsi foto-foto percutian keluarga personaliti popular ini yang kami ambil daripada Instagram beliau yang mempunyai 5.8 juta pengikut itu.




 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

cuti dulu.. balik nanti kerja non stop ye..tudung @galeriariani

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on



Siti Nurhaliza benar-benar meluangkan masa kualiti bersama keluarganya kali ini memandangkan 2019 bakal menjadi tahun yang paling sibuk buat penyanyi itu.

Menjelang Februari depan, Siti Nurhaliza akan terikat dengan konsert jelajahnya Siti Nurhaliza On Tour di Jakarta, Indonesia, Singapura dan Kuala Lumpur.

Penghibur kesayangan ramai itu juga akan mengadakan persembahan di Royal Albert Hall, London pada April depan.