Dalam industri muzik tanah air jika disebut lagu-lagu irama Melayu Klasik dan Pop Balada, pasti yang berdendang dalam fikiran umum nama seniman legenda Tan Sri SM Salim.
Siapa yang tidak pernah mendengar lagu-lagunya, seperti 'Pantun Budi' yang sering dimainkan di majlis-majlis perkahwinan, apatah lagi lagu "Apa Nak Jadi' dan lagu 'Pandang-pandang, Jeling-jeling' pasti menghiburkan hati orang ramai.
Namun kini, lagu itu tidak lagi akan didendangkan oleh beliau, pemergian SM Salim atau nama sebenarnya Sheikh Salim Sheikh Mohammad Al-Mahros hari ini, umpama hilangnya permata irama Melayu Klasik negara.
SM Salim, 88, meninggal dunia pada 5.45 petang hari ini di kediamannya kerana sakit tua.
Pemergian bintang itu ditangisi ribuan peminatnya di seluruh tanah air yang pastinya akan merindui suara emas Allahyarham yang kekal malar segar biarpun telah melangkaui zaman.
Dilahirkan pada 30 Julai 1928, dan merupakan anak jati Kampung Baru di sini, Allahyarham merupakan anak bongsu daripada 13 beradik.
SM Salim yang memulakan kerjaya sebagai juruhebah di Radio Malaya atau kini dikenali RTM telah berkecimpung dalam dunia nyanyian tempatan sejak 1950-an.
Selain kemerduan suaranya, lagu-lagu SM Salim 'melekat' di hati para peminatnya kerana keunikan lirik-liriknya yang bukan sahaja indah dan tinggi seni bahasanya, tetapi juga sarat dengan unsur jenaka dan nasihat.
Antara lagu-lagu emas SM Salim ialah 'Pasir Roboh, 'Seri Siantan', 'Bunga Tanjung', 'Joget Kasih Bermula', 'Mohon Kasih' dan 'Selamat Tinggal Bungaku'.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menziarahi jenazah Allahyarham secara peribadi menyifatkan arwah sebagai anak seni yang telah memberi sumbangan besar dalam bidang seni dan penyiaran negara.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak pula menyifatkan pemergian Allahyarham ibarat hilangnya sebutir permata yang sukar dicari ganti.
"Amat sukar untuk menemui atau mencari ganti seorang tokoh legenda seni muzik tanah air yang sungguh berkaliber, berdisiplin, istimewa dan dihormati orang ramai separti Tan Sri SM Salim," katanya.
Setiausaha Agung Seniman Hafiz Nafiah pula menyifatkan industri seni tanah air kehilangan seorang legenda seni dan perintis lagu irama Malaysia dengan pemergian SM Salim.
Rakan-rakan artis lama dan baharu turut terkesan dengan pemergian SM Salim, termasuk komposer dan penyanyi Datuk M. Nasir yang menyifatkan Allahyarham sebagai permata seni buat negara.
Beliau yang pernah berkolaborasi dengan SM Salim melalui lagu 'Seloka Cak Kun Cak' menyifatkan Allahyarham seorang yang serius dalam menjiwai setiap bait lirik lagu dalam nyanyiannya terutama lagu irama Melayu asli dan perkara itu menjadikan setiap lontaran suara emasnya menusuk kalbu para pendengar.
BACA: Seniman negara, SM Salim, 88 meninggal dunia
BACA: SM Salim, ayahanda yang banyak beri nasihat dan contoh baik - Siti Nurhaliza
Kehebatan SM Salim sebagai anak seni diiktiraf menerusi beberapa anugerah antaranya anugerah 'Tokoh Seni' oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1991 dan 'Anugerah Seri Wirama' pada Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIMM) pada 1996.
Beliau juga dianugerahi pingat Ahli Mangku Negara daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Putra Jamalullail pada tahun 1964 atas jasanya menyertai misi ketenteraan di Congo, dengan beliau bertanggungjawab menghiburkan para tentera dari pelbagai negara di sana.
Dalam pada itu, SM Salim juga dianugerahi darjah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran 'Tan Sri' pada tahun 2001 daripada kerajaan selain Anugerah Biduan Negara oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan atas sumbangan beliau memperjuangkan lagu-lagu asli Melayu.
Allahyarham merupakan artis Malaysia kedua yang dianugerah gelaran itu selepas Tan Sri P. Ramlee pada 1962.
Bakat seni Allahyarham tidak dilupakan oleh penggiat seni era moden apabila turut diundang untuk berduet dengan beberapa artis seperti Datuk Siti Nurhaliza (Pandang-Pandang, Jeling-Jeling) Datuk Zainal Abidin (Satu), Datuk Ramli Sarip (Selapis Kasih, Sedulang Rindu), Datuk Sheila Majid (Entah Jadi, Entahkan Tidak)
dan Datuk Jamal Abdillah (Zaman).
Selain bakat nyanyian, anak seni yang tidak pernah jemu mengangkat muzik Melayu itu turut memperolehi Ijazah Kehormat Master Muzik (Persembahan) daripada Universiti Putra Malaysia pada tahun 2003.
Namun, ketika meniti usia emasnya, Allahyarham pernah berpesan supaya jangan memainkan lagu nyanyiannya selama sekurang-kurangnya 30 hari atau sebaik-baiknya 44 hari selepas beliau meninggalkan dunia.
Allahyarham SM Salim meninggalkan seorang isteri Puan Sri Aishah Mohd Ghani dan enam anak. - BERNAMA
Bernama
Thu Dec 29 2016
Dalam lagu-lagu irama Melayu Klasik dan Pop Balada, pasti yang berdendang dalam fikiran umum nama seniman legenda Tan Sri SM Salim. - Gambar fail
MOM bakal hantar resolusi rayu kerajaan teruskan penganjuran Sukan SEA 2027
MOM akan menghantar resolusi kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk merayu agar Malaysia kekal menjadi penganjur Sukan SEA 2027.
AWANI Borneo [29/04/2024] – Perkukuh sektor perhutanan | Calon ADUN Tanjung Batu | Piala Borneo bakal kembali
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar
#AWANIBorneo 29 April 2024
Sarawak perkukuh kerjasama dengan Sweden, sektor perhutanan tumpuan utama
Calon ADUN Tanjung Batu, Bung Moktar kekal dengan pendirian, Andi reda tapi tunggu bubar dulu
Fazzrudin sambut baik usaha tubuhkan Gagasan Bola Sepak Borneo
#AWANInews
#AWANIBorneo 29 April 2024
Sarawak perkukuh kerjasama dengan Sweden, sektor perhutanan tumpuan utama
Calon ADUN Tanjung Batu, Bung Moktar kekal dengan pendirian, Andi reda tapi tunggu bubar dulu
Fazzrudin sambut baik usaha tubuhkan Gagasan Bola Sepak Borneo
#AWANInews
Vokalis Dewa 19, Virzha kahwin wanita Arab
Salah seorang vokalis Dewa 19, Virzha mengakhiri zaman bujang pada usia 33 tahun.
Blok Negara Islam Sedang ‘Stress’? Langsung Dialog 4 Menteri Luar
Situasi meruncing di Gaza, konflik Iran-Israel dan ditambah pula persaingan kuat dua kuasa, Amerika Syarikat dan China dilihat terus membayangi percaturan geopolitik dan geoekonomi negara-negara Islam di Asia Barat. Menteri Luar Turkiye dan Arab Saudi antara yang tampil duduk sepentas
membincangkan apa lagi yang bakal jadi nanti.
#SpecialMeeting24
membincangkan apa lagi yang bakal jadi nanti.
#SpecialMeeting24
Krisis iklim: Kanak-kanak antara paling terjejas - UNICEF
Apabila bencana alam berlaku, kanak-kanak lebih terdedah dan berpotensi mengalami kesan yang berpanjangan.
Raja Permaisuri Agong terima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan menerima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Ailsa Terry di Istana Negara.
Masyarakat Cina bersama meriahkan rumah terbuka UMNO Sandakan
Masyarakat Cina di sekitar Sandakan bwersama memeriahkan dan menikmati juadah di rumah terbuka Aidilfitri anjujran UMNO Sandakan.
Gagasan Bola Sepak Borneo bantu tingfkatkan kualiti pemain Sarawak
Presiden Kuching FA Fazzrudin Abdul Rahman menyambut baik uaha menubuhkan Gagasan Bola Sepak Borneo yang diyakini mampu menggilap kualiti bola sepak di pulau itu.
Terserah Bung Moktar, yang penting khidmat untuk rakyat dulu - Andi
ADUN Tanjung Batu, Datuk Andi Muhamad Suryady Bandy menyerahkan kepada Datuk Seri Bung Moktar untuk memastikan kemenangan UMN O dalan PRN 17 namun pada masa sama berharap perkara mengenai calon dibincang selepas DUN Sabah dibubar.
PRN 17: Pimpinan UMNO Sabah berhak nilai calon terbaik
Ketua Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan pihaknya bertanggungjawab menetukan calon terbaik untuk mewakili parti itu dalam PRN Sabah ke-17.
SM Salim: Hilangnya suara emas irama Melayu klasik
Dalam industri muzik tanah air jika disebut lagu-lagu irama Melayu Klasik dan Pop Balada, pasti yang berdendang dalam fikiran umum nama seniman legenda Tan Sri SM Salim.