Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Sony Pictures tangguh tayangan 7 filem gara-gara COVID-19

Sony Pictures tangguh tayangan 7 filem gara-gara COVID-19
"Ghostbuster: Afterlife" antara filem berjudul besar disahkan tidak akan ditayangkan di layar perak AS sehingga Mac 2021. -Gambar IMDB
DUNIA kini masih berperang dengan COVID-19.

Selain konsert, tayangan filem turut menjadi ‘mangsa’ kepada pandemik itu selepas pihak produksi terpaksa membuat keputusan sukar menangguh atau memberhentikan tayangan filem di pawagam.

Produksi filem popular Hollywood, Sony Pictures antara yang terkesan sehingga terpaksa menangguhkan tujuh buah filem yang sudah dijadualkan menemui penonton tahun ini.

Berikut filem-filerm keluaran Sony Pictures yang terpaksa ditangguhkan ekoran pandemik COVID-19.

Ghostbuster: Afterlife

"Ghostbuster: Afterlife" antara filem berjudul besar yang disahkan tidak akan ditayangkan di layar perak Amerika Syarikat (AS) sehingga Mac 2021.


Filem yang berkisarkan sebuah keluarga yang memburu hantu itu pada asalnya dijadual tayang pada 10 Julai tahun ini.


Morbius

Filem kerjasama Marvel lakonan Jared Leto, "Morbius" pada mulanya dijadual ditayangkan pada Julai.

Namun akibat COVID-19, ia ditangguhkan ke Mac tahun depan.

BACA: Sony Pictures lancarkan trailer pertama filem 'Morbius'





Greyhound

Turut menerima nasib sama, tayangan filem tentang Perang Dunia Kedua, "Greyhound" tidak akan menemui penonton pada Jun ini.

Selain kekangan akibat pandemik, pelakon utama filem itu Tom Hanks turut disahkan positif jangkitan COVID-19.

BACA: Tom Hanks, isteri dijangkiti COVID-19






Fatherhood

Tayangan filem lakonan Kevin Hart, "Fatherhood" juga bertukar tarikh iaitu dari Januari kepada Oktober tahun depan.


Uncharted

Filem adaptasi permainan video, Uncharted, juga menerima nasib yang sama iaitu penangguhan kepada Oktober 2021.


Peter Rabbit 2: The Runaway

Produksi filem "Peter Rabbit 2: The Runaway" yang telah ditangguhkan sebanyak dua kali itu, juga akhirnya mencapai kata putus untuk ditayangkan pada pertengahan Januari tahun depan.





Filem ke-7 (tiada judul)

Filem ketujuh merupakan kerjasama Sony Pictures dan Marvel yang juga ditunda tarikh tayanganya.

Filem yang belum diberi judul itu sepatutnya bakal menemui penonton pada awal Oktober tahun depan.


Selain filem keluaran Sony Pictures, filem-filem lain yang turut ditangguhkan termasuk filem James Bond penampilan terakhir Daniel Craig "No Time to Die", "Mulan", "Black Widow", dan "A Quiet Place II" dan "Fast & Furious 9".