HIBURAN
'Spider-Man: Homecoming' catat kutipan lebih RM15 juta di Malaysia

"Spider-man: Homecoming" mula ditayangkan 6 Julai lalu.
SELEPAS mencatat kutipan box office global lebih RM1 bilion di Amerika Syarikat, filem “Spider-Man: Homecoming” turut menerima kutipan tinggi di Malaysia.
Sony Pictures Entertainment mendedahkan filem itu merekod kutipan lebih RM15 juta hanya dalam tempoh empat hari tayangan di negara ini.
“Spider-Man: Homecoming” mula ditayangkan pada 6 Julai lalu.
Filem adi wira terbaharu ini menampilkan Tom Holland sebagai Spider-man ketika remaja.
Ia turut menampilkan Robert Downey Jr, yang melakonkan watak Ironman, mentor kepada Spider-Man.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami