Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Spider-Man kekal di MCU, ini reaksi epik Tom Holland dan Zendaya

Spider-Man kekal di MCU, ini reaksi epik Tom Holland dan Zendaya
Tom dan Zendaya berkongsi keterujaan susulan pengumuman ini. -Foto Instagram/Twitter
MARVEL Studios dan Sony Pictures telah mencapai satu persetujuan baharu untuk mengekalkan filem Spider-Man.
 
Menerusi persetujuan itu juga, mereka bersetuju untuk menghasilkan satu lagi filem untuk Spider-Man yang akan ditayangkan pada 16 Julai 2021.
 
BACA: Sony dan Marvel capai kata putus, Tom Holland kembali pegang watak Spider-Man

Pastinya orang yang paling gembira dengan khabar baik itu adalah dua pelakon utamanya, Tom Holland sebagai Peter Parker serta Zendaya yang membawa watak Mary Jane.
 
Menerusi laman sosial Instagram dan Twitter, dua pelakon itu berkongsi keterujaan menerusi entri mereka.
 
Tom Holland berkongsi babak ikonik lakonan Leonardo DiCaprio dalam filem Wolf of Wall Street. Babak ini sememangnya menerangkan situasi Spider-Man dengan sangat tepat.