HIBURAN
Suami penyanyi Celine Dion meninggal dunia pada usia 73

Suami kepada penyanyi terkenal Celine Dion iaitu Rene Angelil meninggal dunia pada usia 73 tahun di kediaman pasangan itu di Las Vegas pada Jumaat.
Suami kepada penyanyi terkenal Celine Dion iaitu Rene Angelil meninggal dunia pada usia 73 tahun di kediaman pasangan itu di Las Vegas pada Jumaat.
Rene Angelil dilaporkan meninggal dunia akibat kanser tekak hanya dua hari sebelum ulang tahun kelahiran ke-74 beliau.
Perkara ini disahkan oleh penyanyi berusia 47 tahun itu menerusi satu kenyataan media serta meminta diberi privasi kepada keluarganya di saat sukar ini.
Celine Dion juga berkata beliau tidak akan menetap di Las Vegas sehingga Februari selepas kematian tragis suaminya.
Celine dan Rene berkahwin pada tahun 1994 dan pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Rene Charles dan pasangan kembar Nelson dan Eddy.
Selain bergelar suami, Rene juga merupakan pengurus peribadi Celine Dion sejak beliau berusia 12 tahun.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami