Tutup

'Suara tercekik sudu! Itu carut-carut manja saja' - Che Ta

'Suara tercekik sudu! Itu carut-carut manja saja' - Che Ta
Kehadiran Che Ta ke pertunjukan itu juga kerana mendapat undangan daripada pereka fesyen tersebut, jadi baginya tidak salah untuk hadir ke pertunjukkan tersebut - Gambar Instagram/EzuwanIsmail
RAMAI pihak yang terkejut apabila melihat kehadiran pelakon, Rozita Che Wan hadir ke pertunjukan fesyen, pereka fesyen tempatan, Ezuwan Ismail.

Bila diajukan soalan mengenai, adakah kehadiran Rozita Che Wan atau lebih selesa dipanggil Che Ta ini merupakan satu pendamaian, Che Ta menyatakan bahawa apa yang terjadi bukanlah satu yang besar dan mereka berdua tidak tahu apa yang perlu digaduhkan.

Apa yang dimuat naik di InstaStory itu hanyalah gurauan-gurauan manja sahaja.

"Kalau sebelum ini mungkin dia boleh cakap mengenai orang, kenapa kita tak boleh?
"Lagipun apa yang saya cakap tu hanyalah gurau-gurau manja sahaja. Dia (Ezuwan Ismail) mengenali saya macam mana, dan saya tidak rasa dia ambil serius tentang gurauan ini," katanya selepas pertunjukan fesyen Ezuwan Ismail, di Gaya Koleksi Raya yang diadakan di Publika, pada Ahad.

Tambahnya, sebagai manusia kita tidak boleh bercakap lebih mengenai orang kerana kita sendiri tidak tahu apa yang akan jadi kepada kita pada masa akan datang.

Kehadiran Che Ta ke pertunjukan itu juga kerana mendapat undangan daripada pereka fesyen tersebut, jadi baginya tidak salah untuk hadir.

Terdahulu, Menurut Che Ta, pereka fesyen tersebut pernah menyelar tindakan artis yang menjadi pereka fesyen kerana menganggap ia mengganggu pasaran mereka.

Che Ta dikhabarkan telah "bergurau manja" dengan Ezuwan Ismail apabila mengatakan suara pereka fesyen tersebut seperti "tercekik sudu".


Sementara itu, pereka fesyen, Ezuwan Ismail berkata dia berasa gembira kerana Che Ta  sudi untuk hadir ke pertunjukan fesyennya dan juga mendengarkan nyanyiannya bersama kumpulan E1 Band secara live.

Dia juga memberitahu sudah biasa dengan Che Ta dan hanya menganggap apa yang dimuat naik itu sebagai satu gurauan semata-mata.

"Saya juga mengharapkan selepas ini, hubungan saya dan dia (Che Ta) akan kembali baik seperti biasalah," kata Ezuwan.

Pada pertunjukan itu juga, Ezuwan dan ahli kumpulan E1 Band, Zulyasrani dan Ariff Imran memperdengarkan single raya pertama mereka iaitu Rindu Lebaran khas buat tetamu yang hadir.