awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sufian Suhaimi ambil anak angkat

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
10/09/2019
16:16 MYT
Sufian Suhaimi ambil anak angkat
Menurut Sufian Suhaimi, Faeq tinggal bersama ibu bapanya tetapi mereka sering berjumpa untuk meluangkan masa bersama - Gambar Instagram Sufian Suhaimi
Kehadiran kanak-kanak mampu menceriakan kehidupan seseorang.
Kemunculan mereka dalam hidup sudah semestinya dapat memberikan satu sinar yang baharu.
Begitu juga dengan penyanyi yang popular dengan lagu 'Di Matamu', Sufian Suhaimi.
Sufian telah memuat naik satu entri di Instagram berkongsi kepada peminatnya bahawa dia sudah mengambil seorang anak angkat lelaki yang bernama Faeq Razeeq.
Sejurus itu, wartawan Astro AWANI cuba mendapatkan Sufian untuk bertanya kepadanya mengenai perkara tersebut.
Ketika ditanya mengapa dia mengambil anak angkat, jawapan dia amat mudah.
"Untuk menjadi seorang yang lebih baik buat seseorang selain ibu bapa dan juga keluarga," katanya melalui satu pesanan ringkas di aplikasi WhatsApp.
Tambahnya dia merasa gembira apabila melihat rakan-rakan yang sudah keluarga dan mempunyai anak.
Sufian juga turut berkongsi bersama Astro AWANI di mana Faeq itu merupakan anak kepada rakan baiknya semasa sekolah.
Dan buat masa ini, Faeq masih lagi tinggal bersama ibu bapa kandungnya dan mereka akan berjumpa hampir setiap hari untuk meluangkan masa bersama.
View this post on Instagram
SUFIAN AMBIL ANAK ANGKAT Bismillahirrahmanirrahim. Saya rasa tajuk diatas dah cukup untuk menyampaikan cerita apa yang ingin dikongsi. Pertama sekali, saya bersyukur dengan nikmat hidup ini. Allah cukup pemurah dalam melimpahkan rezeki kepada saya, begitu juga kepada yang lain. Usia 27 tahun bagi saya bukanlah terlalu muda untuk memikul tanggungjawab. Selain ibu ayah, keluarga, saya memerlukan tujuan untuk bekerja lebih kuat. Banyak masa saya gunakan untuk mencari perasaan apa yang kurang selama ini. Of course, I’ve been spending a lot of time talking to Allah. Semua saya ceritakan. Ada juga rakan-rakan yang menjadi pendengar setia saya. Tapi bila jumpa kawan yang dah ada anak ni, rasa tu lain, rasa penuh. Theres something special about babies. When they’re around, i feel complete. Mungkin belum masanya untuk tamatkan zaman bujang, tapi i can feel this is the perfect time to have one anak angkat, itu juga satu rezeki. Welcome to my life, Faeq. Ayah Yan sayang @babyfaeq tau.
A post shared by Sufian Suhaimi
Berita tersebut disambut baik oleh rakan artis dan juga peminat-peminat Sufian Suhaimi.
Topic Berkaitan
#Anak angkat
#Faeq
#Faeq Razeeq
#Sufian Suhaimi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan