awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sufian Suhaimi, Elfira Loy pilih Mac 2018 langsung pernikahan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
06/10/2017
11:07 MYT
Sufian Suhaimi, Elfira Loy pilih Mac 2018 langsung pernikahan
Berkenalan pada Jun tahun lalu, hubungan pasangan ini mula serius Mac tahun ini dan merancang untuk mendirikan rumah tangga Mac tahun hadapan. -Foto Era.fm
Pasangan artis Sufian Suhaimi dan Elfira Loy selamat melangsungkan pertunangan mereka petang ini.
Majlis berlangsung kira-kira jam 4 petang di kediaman keluarga Elfira di Cheras.
Dalam majlis itu, Sufian menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada Elfira.
Ditemui selepas selesai majlis, Elfira mengakui pertunangan akan menjadi fasa sukar untuk mereka, namun pelakon itu yakin kesabaran adalah kunci kepada keutuhan sesebuah perhubungan.
"Apa-apa pun berbalik kepada hati kita. Bila dah setuju untuk kahwin, saya kena terima buruk baik dia, begitu juga dia," katanya.
Ditanya tentang perubahan hubungan mereka selepas bertunang, kata Sufian, apa yang penting adalah persiapan untuk menempuh alam rumah tangga kelak.
"Tentu sekali saya akan menggunakan tempoh pertunangan dengan mempersiapkan diri bukan sahaja untuk bergelar suami, tetapi juga anak dan menantu yang baik.
"Proses mengenali itu tidak mengambil masa sehari dua dan saya percaya, ia akan berterusan biarpun selepas berkahwin nanti," ujar pelantun lagu balada "Terakhir" itu.
Berkenalan pada Jun tahun lalu, hubungan pasangan ini mula serius Mac tahun ini dan merancang untuk mendirikan rumah tangga Mac tahun hadapan.
Topic Berkaitan
#Cheras
#Elfira Loy
#keluarga
#Sufian Suhaimi
#tunang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan