'Sumpah' kekal milik Naim Daniel

Asyraf Roslan
Februari 20, 2020 10:35 MYT
Syarikat rakaman, World Peace Entertaiment (WPE) menegaskan lagu yang bertajuk Sumpah kekal milik penyanyi Naim Daniel dan Omar K sebagai penggubah lagu. - Gambar Instagram / @ hattadolmat
Lagu yang bertajuk Sumpah kekal milik penyanyi Naim Daniel dan Omar K sebagai penggubah lagu tersebut, tegas syarikat rakaman, World Peace Entertaiment (WPE).
Pihak syarikat rakaman sebelum ini menyatakan bahawa sebarang isu yang terjadi telah pun diselesaikan, namun sebaliknya yang berlaku.
Walau bagaimanapun, WEP tetap kesal dengan kesulitan yang dihadapi Dayana Amerda atau nama sebenarnya Siti Amirah Dayana Mohd Amerullah, dan keluarganya mengenai isu hak cipta dan tuntutan beliau.
Pihak WEP juga meminta sekiranya Dayana mahupun wakilnya ingin menuntut sebarang hak, supaya menghubungi mereka dengan mengemukakan bukti-bukti yang kukuh.
Terdahulu, melalui video yang dimuat naik oleh hLive!, Dayana dan pihak keluarga mengadakan satu sidang media yang meminta Naim Daniel untuk tampil dan menyelesaikan masalah hak cipta lagu yang berjudul Sumpah.
Memetik laporan Astro Gempak, isu pertikaian hak cipta lagu Sumpah tercetus sekitar Julai tahun lalu apabila lagu itu dikatakan menceritakan kisah percintaan mereka.
Difahamkan, lagu Sumpah yang diangkat sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke-34 itu dihasilkan Naim dan Dayana pada tahun 2015 ketika mereka sedang menjalin hubungan cinta.
#Dayana #hak cipta #Juara Lagu #Naim Daniel #Omar K #Sumpah #World Peace Entertaiment