PENYANYI popular, Datuk Nassier Wahab antara selebriti terus bertahan dalam industri seni tanah air dengan kehebatan vokal dan paling mencuri tumpuan peminatnya adalah beliau sentiasa kelihatan muda.

Sebelum ini beliau juga banyak kali berkongsi kisah kehidupannya bersama peminat sama ada aspek menjaga vokal mahupun kesihatan.

Begitu juga, mungkin tidak ramai yang tahu beliau juga sering kelihatan awet muda kerana mengamalkan membaca surah Yusuf.

Perkara itu diakui sendiri penyanyi Alif Satar yang memuat naik sekeping foto lama kelihatan Nassier di zaman muda manakala Alif masih kanak-kanak.

Alif menyatakan Pakcik Nassier gemar membaca Surah Yusuf yang membuatkan beliau sentiasa kelihatan mempersona sehingga hari ini.

This is my uncle @nassierwahab


Dalam dua foto dalam status yang sama, jika dibuat perbandingan Nassier sememangnya tidak banyak jauh berubah.

Alif juga menganggap Pakcik Nassier sebagai salah seorang idolanya dalam bidang muzik.