Tutup

Sweet Child O' Mine video muzik era 80an cecah 1 bilion tontonan

Sweet Child O' Mine video muzik era 80an cecah 1 bilion tontonan
Lagu kumpulan itu pada 90an berjudul November Rain juga menjadi satu-satunya video muzik pada era tersebut mencatat rekod lebih 1 billion tontonan. - Gambar - Twitter@gunsnroses
SINGLE Sweet Child O' Mine nyanyian kumpulan muzik Guns N Roses pada tahun 1987 berjaya mencatatkan tontonan berjumlah 1 billion di laman media YouTube.

Ia menjadi video muzik pertama dari era 80-an melepasi rekod 1 bilion tontonan.

Malah kumpulan muzik tersebut juga mengungguli platform 80 dan 90-an.

Lagu kumpulan itu pada 90an berjudul November Rain juga menjadi satu-satunya video muzik pada era tersebut mencatat rekod lebih 1 billion tontonan.
Ini bukan perkara baharu buat kumpulan muzik tersebut.

Sebelum ini album pertama mereka menjadi sejarah sebagai album sulung paling laris dengan 30 juta terjual di seluruh dunia.


Tag: video, YouTube, Guns n Roses, Sweet Child O Mine, 1 bilion tontonan, November Rain



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.