Tutup

SYOK weh! Astro Radio perkenal aplikasi gaya hidup, hiburan terbaharu

SYOK weh! Astro Radio perkenal aplikasi gaya hidup, hiburan terbaharu
DAPHNE (kiri): Peminat boleh menikmati kandungan video asli ataupun SYOK Originals, yang dihasilkan secara istimewa dengan menampilkan barisan personaliti tempatan. - Foto Astro Radio
CHERAS: SYOK weh! Semuanya ada!

Semua warga Malaysia kini boleh mendapat akses ke semua jenama Astro Radio di udara dan televisyen menerusi aplikasi hiburan dan gaya hidup baharu iaitu SYOK!

SYOK yang boleh didapati dalam pelbagai bahasa secara percuma menawarkan video asli SYOK, podcast dan artikel.

Turut menawarkan berita dan perkembangan lalu lintas, SYOK dapat dilayari secara mudah menjadikannya sebagai one-stop app ataupun platform sehenti buat pengguna mendapatkan akses kepada kesemua 25 rangkaian jenama Astro Radio.
Pengurus Besar Pemasaran dan Digital Astro Radio, Daphne Lourdes berkata peminat boleh menikmati kandungan video asli ataupun SYOK Originals, yang dihasilkan secara istimewa dengan menampilkan barisan personaliti tempatan.

“Kami mendapat data tentang tingkah laku pendengar menerusi aplikasi radio sedia ada untuk semua stesen radio kami yang berbeza.

“SYOK merupakan cara untuk menyatukan kekuatan dan menampilkan kandungan pelbagai platform. Pada ketika ini, kami mempunyai 14 juta penstriman atas talian pada setiap bulan.

“Oleh itu, ia menunjukkan masih terdapat permintaan untuk radio, sama ada linear mahupun digital. Melalui SYOK, kami dapat memberikan rakyat Malaysia apa yang mereka mahu,” kata Daphne pada majlis pelancaran aplikasi SYOK di sebuah pusat beli-belah di Cheras pada Selasa.

Turut hadir ialah pengacara dari stesen radio di bawah Astro Radio seperti Ean dan Arnold dari HITZ, Hani Fadzil dari ERA, Jep dan Rahim dari SINAR, Jack Lim dari MY, dan ramai lagi!



Pengacara radio SINAR, Jep dan Rahim akui bahawa pendengar akan rugi jika tidak memuat turun aplikasi SYOK yang penuh dengan kandungan eksklusif dan peraduan yang menawarkan peluang kepada pengguna untuk membawa pulang hadiah lumayan.

“Kita berada dalam zaman teknologi dan semuanya di hujung jari.

“Dengan aplikasi ini, ia lebih senang untuk pendengar mendapat akses kepada kandungan yang ditawarkan Sinar FM dan juga semua stesen radio di bawah Astro Radio yang lain.

“Anda boleh cuba muat turun dahulu aplikasi SYOK ini dan memangnya macam-macam ada dalam aplikasi ini. Rugi jika anda tidak muat turun,” kata mereka

Pendengar tegar stesen radio Astro Radio kini boleh memuat turun aplikasi SYOK di Google Play, App Store atau layari laman web SYOK.