PELAKON Fikry Ibrahim telah menghabiskan pengajiannya dan menggenggam segulung ijazah pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-91 yang berlangsung semalam.

Fikry atau nama sebenarnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 25, telah menerima Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Pengiklanan dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media yang disampaikan oleh Naib Canselor UiTM, Profesor Dr Mohd Azraai Kassim.

Berita gembira itu dimaklumkan Fikry menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagram miliknya semalam.

“Never stop learning because life never stops teaching.” Terima kasih kepada keluarga, guru-guru, kawan dan semua yang mendoakan dan support saya. Tahniah buat graduan yang lain!” tulisnya.

“Never stop learning because life never stops teaching.” Terima kasih kepada keluarga, guru-guru, kawan dan semua yang mendoakan dan support saya.


Kejayaan Fikry mendapat perhatian peminatnya dan rata-rata mereka mengucapkan tahniah kepada pelakon itu.

Selain itu mereka juga memuji Fikry kerana tidak mengabaikan pelajarannya walaupun sibuk dengan kerjaya lakonan.

“Tahniah! Dah lah hensem pelajaran tinggi,” komen @allydarnish

“Fikry Ibrahim ni salah satu contoh generasi baru yang well behave, di didik dengan baik adab sopan dan agama. Well educated tapi rendah hati. Very rare in his generation,” puji @@MsBella02192598

“Congrats Fikry Ibrahim. Alhamdulillah... Dah graduation, good luck dalam apa jua bidang yang diceburi,” tulis @AfikryAibrahim

Fikry memulakan kerjayanya dalam bidang seni selepas mendapat tempat ketiga dalam program Lawak Solo 2016.

Selain pelawak, Fikry juga merupakan seorang pelakon dan pengacara. Fikry mula dikenali selepas membintangi drama popular Hero Seorang Cinderella, Cekelat Semanis Honey dan Cik Reen & Encik Ngok Ngek.